◉ HEADLINES

Speaker tidak adil, patutnya Hulu Langat dihalau: Ahli Parlimen Parit Buntar

Menurutnya, beliau hanya membahaskan beberapa isu sebelum diganggu Mohd Sany

10:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang menghalaunya keluar daripada dewan.

Menurutnya, tindakan itu tidak adil kerana beliau hanya membahaskan beberapa isu sebelum diganggu Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

“Saya hanya berkata pertama berkaitan guru Kafa yang ada diugut kerana menyokong pembangkang pada pilihan raya. Itu hak mereka, tiba-tiba Hulu Langat terus bangkit macam orang tak siuman, ganggu ucapan saya mencelah tanpa kebenaran saya.

“Akhirnya berlaku pertikaman lidah dan saya dihalau. Sepatutnya yang dihalau Hulu Langat soranglah. Mungkin untuk kelihatan adil, dua-dua kena halau. Jadi saya nampak ketidakadilan Speaker dalam membuat keputusan terhadap isu yang berlaku tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjelaskan tindakan Johari menghalaunya keluar dari Dewan Rakyat, petang tadi.

Dalam pada itu, Misbahul turut menegaskan beliau tidak membuat kacau dan hanya mempertahan haknya untuk bercakap ketika gilirannya.

Terdahulu Mohd Sany dan Misbahul bertikam lidah ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2024, hari ini.

Johari kemudian bertindak mengarahkan kedua-dua Ahli Parlimen itu untuk keluar daripada Dewan Rakyat.

Susulan itu, seramai 15 Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar Dewan Rakyat petang tadi sebagai tanda solidariti terhadap tiga rakan mereka yang dihalau daripada sidang Parlimen hari ini.

Sementara itu dalam sidang media sama, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) menyelar tindakan Ahli Parlimen Umno kerana membisu dalam konflik Israel-Palestin.

“Dalam keadaan sekarang kamilah penyokong setia Perdana Menteri. PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata menyokong Palestin, anti-Israel. (Tapi) Macam-macam mereka (Ahli Parlimen kerajaan) buat.

“Kita minta Ahli Parlimen di sebelah sana termasuk Umno (untuk bersuara), tetapi di sebelah sana diam. Kami sahaja nampaknya memperjuangkan kenyataan PMX. Mereka berbelah bahagi,” katanya.

Tegas beliau, Ahli Parlimen Umno sepatutnya menjadi juara dalam isu memperjuangkan nasib rakyat Palestin tetapi sebaliknya berlaku.

“Ahli Parlimen Umno patut jadi ‘Champion lah’ (juara) dalam isu ini tapi nampaknya semua mendiam diri.

“Perdana Menteri kena check (periksa) balik puak-puak kata kawan-kawan dia itu… menyokong ke tidak menyokong, kita tidak tahu,” katanya. – 6 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related