HEADLINES

Penghasilan dedak tempatan kritikal bagi kurangkan kos operasi ternakan ayam

Bahan makanan ayam atau dedak terutama jagung dan kacang soya sebahagian besarnya diimport ekoran bekalan domestik terhad

10:03 AM MYT

 

ALOR SETAR – Usaha penghasilan dedak tempatan dilihat semakin penting dalam mengurangkan kos operasi ladang ternakan, sekali gus mewujudkan harga ayam yang stabil di pasaran dan tidak membebankan pengguna pada masa depan.

Pakar Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Shazida Jan Mohd Khan berkata, isu harga ayam amat kritikal, sekiranya berlaku kenaikan mendadak dalam bahan makanan ayam atau dedak terutama jagung dan kacang soya kerana sebahagian besarnya diimport ekoran bekalan domestik terhad, susulan langkah apungan harga ayam.

Beliau berkata, sebelum pandemik COVID-19, harga sekampit dedak 50 kilogram (kg) hanya RM85, namun sekarang ia mencecah hingga RM135, yang turut didorong faktor peperangan Ukraine dan Rusia.

Selain makanan ternakan, Shazida berkata, peladang turut menghadapi pelbagai kos lain seperti ubat-ubatan dan penyelenggaraan reban, di samping kesukaran mendapatkan pekerja dalam bidang penternakan.

“Pengguna bimbang kemungkinan kenaikan harga akan berlaku akibat faktor-faktor ini. Justeru, perlu ada inisiatif yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan dedak tempatan dan mampu memenuhi keperluan penternak,” katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini menyatakan kerajaan boleh melaksanakan langkah intervensi di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi memastikan ayam dijual pada harga tidak membebankan rakyat, berikutan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 November lepas.

Penamatan subsidi secara pukal itu bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Mengulas lanjut, Shazida berkata, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu bergerak segera dan mendapat sokongan padu kerajaan dalam mewujudkan ekosistem penciptaan dan penggunaan teknologi terkini bagi penghasilan dedak tempatan.

Beliau berkata, antara sumber yang boleh digunakan ialah isirung kelapa sawit yang berpotensi diproses dan dijadikan makanan haiwan ternakan.

Sementara itu, penternak yang juga pembekal ayam segar di Alor Setar, Mazlina Kamarudin berkata, peningkatan kos ternakan akibat harga anak ayam dan dedak yang tinggi akan menyebabkan bekalan ayam di pasaran berkurangan.

“Sebagai penternak kecil, saya pohon supaya kerajaan melihat kepada harga anak ayam dan dedak, ramai penternak kecil tak ada anak ayam dan dedak … saya sendiri akan kurangkan (pembelian) anak ayam jika harga terlalu mahal, nak jaga perniagaan,” katanya.

Mazlina juga berharap apungan harga ayam berterusan dan bukan hanya berlaku ketika bekalan ayam banyak di pasaran bagi mengurangkan kerugian ditanggung penternak. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Related