HEADLINES

Inspektor Sheila didakwa lagi atas tuduhan sebabkan kegusaran awam di pusat beli-belah

Pegawai polis tersebut mengaku tidak bersalah, dibenarkan ikat jamin RM500

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang inspektor wanita dikenali sebagai “Inspektor Sheila”, didakwa lagi di mahkamah majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kegusaran awam dengan memarahi, menjerit dan membunyikan hon kereta terhadap seorang wanita di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah, Jun lepas.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Illi Marisqa Khalizan.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta yang panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga menyebabkan kegusaran awam terhadap Nuraihan Nadzirah Ibrahim, 27.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini pada 5.26 petang, 16 Jun lepas, mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Zuhairi Osman menawarkan jaminan RM1,000, namun peguam M. Manoharan mewakili Sheila memohon supaya anak guamnya dikenakan bon jaminan dengan alasan wanita itu akan hadir ke mahkamah pada setiap tarikh prosiding kes yang ditetapkan.  

Manoharan berkata anak guamnya sebelum ini telah didakwa di mahkamah majistret Selayang atas tiga pertuduhan dan mahkamah membenarkan jaminan berjumlah RM5,000.

“Oleh itu, saya mohon supaya OKS dilepaskan tanpa sebarang syarat serta diberikan bon jaminan. Pertuduhan hari ini adalah tidak berasas dan sangat memalukan sedangkan dia telah berkhidmat sebagai pegawai polis lebih sembilan tahun dan seorang yang berdisiplin serta tegas,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan Sheila diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 26 Jun lepas, Sheila mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret Selayang atas tiga pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang pemuda serta mengugut seorang wanita warga emas. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Related