Perang Gaza: Malaysia mengalu-alukan resolusi gencatan senjata serta-merta, anggap kejayaan besar

Resolusi itu turut menuntut pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran segera bantuan kemanusiaan tanpa halangan

8:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Malaysia menyifatkan penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2728 (2024) Mengenai Gaza berhubung gencatan senjata serta-merta di wilayah berkenaan, sebagai kejayaan besar memandangkan konflik di kawasan itu berterusan sejak lebih lima bulan lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, justeru, Malaysia mengalu-alukan resolusi pada 25 Mac 2024 itu yang turut menuntut pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran segera bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

“Malaysia sekian lama meyeru agar Majlis Keselamatan PBB memenuhi tanggungjawab diamanahkan bagi melindungi rakyat Palestin daripada kekejaman Israel yang sehingga kini, meragut lebih daripada 32,000 nyawa.

“Sekatan sempadan rejim Israel mengakibatkan risiko kebuluran dan malnutrisi bagi 2.3 juta penduduk di Gaza,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia menyeru agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan Israel memenuhi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa.

“Majlis Keselamatan PBB diseru memastikan Israel menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta,” katanya.

Mohamad berkata, Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara berkenaan yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Ia supaya Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan, perang di Gaza yang tercetus sejak 7 Oktober lalu, mengakibatkan lebih 32,000 penduduk wilayah itu terbunuh.

Serangan tetap berterusan walaupun ketika ini umat Islam menjalani ibadah berpuasa.

Lebih 74,000 rakyat Palestin dilaporkan cedera dalam serangan berterusan lima bulan lalu.

Peperangan itu bukan sahaja menyaksikan majoriti penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, tetapi juga mengalami kebuluran dan ketiadaan barangan keperluan asas.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Majlis Keselamatan PBB semalam, menerima satu resolusi meminta gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk Ramadan dilaksanakan.

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu yang dibentangkan 10 ahli majlis berkenaan yang dipilih, sementara Amerika Syarikat (AS) berkecuali daripada mengundi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi itu menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang Ramadan, dihormati semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang dapat bertahan lama.

Ia juga meminta supaya pembebasan segera tanpa syarat semua tawanan dan memastikan akses untuk mereka mendapatkan keperluan kemanusiaan serta perubatan.

Resolusi itu mensyaratkan pihak berkenaan supaya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa terhadap individu yang ditawan. – 26 Mac, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Boycotted due to KK Mart name mix-up, Kedah seafood shop ‘shell’-shocked

Nur Hamidah, the owner of KK Fresh Mart in Kedah, clarified that the acronym stood for Kuala Kedah Fresh Mart, emphasising no association with KK Mart. 

Related