HEADLINES

Banjir landa 2 lagi negeri, 28,310 mangsa di seluruh negara

Dua negeri terbaharu dilanda banjir, Sabah dan Johor masing-masing merekodkan seramai 169 mangsa di tiga PPS

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.

Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS.

Kenderaan orang ramai terkandas selepas jalan Kuala Berang ke Ajil dinaiki air berikutan hujan lebat ketika tinjauan di Kampung Batu 24, Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam. – Gambar Bernama, 27 Disember, 2023

Selangor kekal dengan empat mangsa yang ditempatkan di PPS daerah Kuala Langat, manakala dua negeri terbaharu dilanda banjir, Sabah dan Johor masing-masing merekodkan seramai 169 mangsa di tiga PPS dan 83 mangsa di sebuah PPS.

Laporan itu turut memaklumkan daripada sembilan PPS yang masih dibuka di Pahang, satu daripadanya iaitu di daerah Cameron Highlands yang melibatkan kejadian tanah runtuh, kekal menempatkan 87 mangsa daripada 17 keluarga.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku sepanjang hari ini di Terengganu di daerah Dungun dan Kemaman; Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related