HEADLINES

Polis siasat sindiket penipuan pelaburan hampir RM1 bilion didalangi ‘datuk wira’

Dia menggunakan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘tan sri’ melalui 18 syarikat pelaburan

9:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan membabitkan ahli perniagaan bergelar ‘datuk wira’ yang didakwa memperdaya ratusan pelabur, membabitkan kerugian hampir RM1 bilion.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kes itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (Amla).

“Saya sudah menerima maklumat berkaitan kes ini yang dilaporkan di akhbar. Kita kena siasat dulu dakwaan bahawa ‘datuk wira’ itu dilindungi seorang ‘tan sri’.

“Bila maklumat yang bukan kita keluarkan, kita kena siasat, kita nak sahkan berita dan maklumat itu benar,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki bergelar ‘datuk wira’ didakwa menipu ratusan pelabur tempatan dan antarabangsa.

Dia menggunakan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘tan sri’ melalui 18 syarikat pelaburan. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Related