HEADLINES

Selangor umum Bajet 2024 berjumlah RM2.53 bilion

Bajet 2024 mengalami defisit berjumlah RM330 juta, lebih rendah berbanding 2023, iaitu pengurangan sebanyak RM120 juta

4:04 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Bajet 2024 berjumlah RM2.53 bilion merangkumi RM1.33 bilion atau 52.6 peratus, diperuntukkan bagi Perbelanjaaan Mengurus dan RM1.2 bilion atau 47.4 peratus untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Negeri (DUN) Selangor berkata, mengambil kira jangkaan Hasil Negeri berjumlah RM2.2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.53 bilion, maka Bajet 2024 mengalami defisit berjumlah RM330 juta.

Katanya, defisit itu adalah lebih rendah berbanding 2023, iaitu pengurangan sebanyak RM120 juta.

“Walaupun melaksanakan Bajet Defisit sejak enam belanjawan lalu, kerajaan negeri akan mengambil langkah mengurangkan jumlah defisit kepada satu jumlah munasabah.

“Ia dilakukan menerusi instrumen kawalan perbelanjaan serta amalan prinsip tadbir urus kewangan yang baik tanpa menjejaskan output dan impak perbelanjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor dijangka melunaskan sepenuhnya hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan pada 2024.

Katanya, ini kerana 2024 merupakan tahun yang dianggap bertuah bagi kerajaan negeri itu.

Malah beliau berkata, daripada aspek liabiliti hutang kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor pada masa ini mempunyai kebebasan kewangan yang cemerlang.

“Berdasarkan rekod terkini, baki hutang kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM19,207,475.78.

“Ia terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS),” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related