◉ HEADLINES

Organisasi sektor awam perlu perkasa perkhidmatan dari semasa ke semasa: PM

Sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab dalam penyampaian perkhidmatan awam cemerlang, semua kakitangan organisasi sektor itu perlu berfungsi secara tuntas

12:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Organisasi sektor awam selaku jentera yang menyokong agenda kerajaan perlu memperkasakan penyampaian perkhidmatan secara telus, cekap dan mesra rakyat dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu perlu bagi memastikan negara dan rakyat dapat menikmati keharmonian serta kemakmuran yang berterusan.

“Kerajaan Madani pada hari ini menekankan kemampanan dan kesejahteraan manusia secara holistik supaya dasar kerajaan serta pelaksanaannya memberi manfaat kepada rakyat.

“Ini kerana kita berdepan dengan dunia yang masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan, kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut dan krisis iklim serta persekitaran yang berada di tahap genting,” kata beliau dalam teks ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 di sini malam ini.

Teks ucapan Anwar dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili beliau merasmikan majlis itu.

Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Perdana Menteri berkata sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab dalam penyampaian perkhidmatan awam cemerlang, semua kakitangan organisasi sektor itu perlu berfungsi secara tuntas.

“Pelan Perindustrian Negara, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia dan Belanjawan Madani tidak akan dapat diterjemahkan sepenuhnya jika tidak dilaksanakan oleh perkhidmatan yang dinamik dan agresif.

“Kemampanan dan tatakelola perkhidmatan awam perlu lebih ampuh dalam menoktahkan persepsi negatif dan kebejatan perkhidmatan awam,” kata beliau.

Mengenai pencapaian KPKT, Anwar berkata inisiatif kementerian itu seperti MyKiosk dan Rumah Mesra Rakyat Madani mempunyai elemen kesan pengganda kepada ekonomi setempat yang selari dengan objektif utama Ekonomi Madani iaitu memperkasakan kehidupan rakyat. 

“Apabila kita memberi peluang kepada peniaga kecil menambah pendapatan, kita sebenarnya merancakkan lagi penjanaan pendapatan dalam ekonomi setempat dan apabila menempatkan rakyat kita dalam rumah yang berdaya huni, setiap individu dapat menikmati kemudahan asas yang selesa.

“KPKT dalam hal ini juga telah melaksanakan prakarsa (inisiatif) yang seiring dengan hasrat Ekonomi Madani malah memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata antara inisiatif itu ialah pembinaan sebanyak 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi RM20,000 bagi setiap rumah dan pembayaran bulanan yang rendah bagi masyarakat luar bandar membina kediaman mereka sendiri.

“Selain itu, membina sebanyak 3,209 gerai MyKiosk yang berkuasakan tenaga solar dengan kadar sewa yang rendah bagi memperkasakan golongan B40 untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan pendapatan,” kata beliau.

Anwar berkata semua pencapaian inisiatif itu adalah usaha penjawat awam yang kompeten dan cemerlang.

“Saya berbangga dengan semangat tinggi KPKT yang tidak bertangguh malah mengambil langkah segera dalam menyambut dan menggerakkan pelaksanaan Kerangka Ekonomi Madani.

“Saya amat berharap momentum semangat tinggi ini dapat dikekalkan sehingga membuahkan hasil seperti yang dihasratkan,” kata Perdana Menteri. – 12 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Selebriti TV, Sheahnee dedah ibunya ‘diganggu’ ketika dalam Koc Wanita oleh sekumpulan remaja lelaki

Bekas personaliti televisyen, Sheahnee Iman Lee meluahkan rasa kesal dengan sikap 'keras kepala' segelintir kaum lelaki yang berdegil dan masih lagi memasuki koc wanita yang disediakan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

◉ Related