HEADLINES

Main sorok-sorok di bumbung flat, ketua geng pecah rumah diberkas

Suspek dan ahli kumpulannya yang mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah, direman lima hari hingga Rabu depan

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai ketua geng pecah rumah, nekad memanjat bumbung flat untuk meloloskan diri daripada ditahan polis, dalam kejadian di Shah Alam, Selangor, semalam.

Bagaimanapun, tindakan ‘berani mati’ individu terbabit sia-sia selepas dia dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki tempatan itu berjaya diberkas dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam pada jam 12.03 tengah malam tadi.

“Kesemua suspek (individu terbabit dan ahli kumpulannya) yang mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah ini, direman lima hari hingga Rabu depan untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Seksyen 457 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, selain denda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya kerana pecah rumah serta curi.

Video kejadian itu kemudian tular di media sosial dan turut dikongsikan di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Keterangan di video itu memaklumkan, suspek sudah menyembunyikan diri di bumbung perumahan berkenaan kira-kira satu jam, sebelum dilihat penduduk.

Semasa dikejar seorang anggota polis untuk menahannya, suspek mengangkat tangan seolah-seolah memberi isyarat menyerah diri.

Bagaimanapun, dia kemudian terus melarikan diri dan bersembunyi, sebelum dibawa turun anggota bomba dan ditahan polis.

Menerusi komen netizen, mereka memuji kejayaan PDRM serta pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menangkap geng terbabit.

“Good job PDRM dan bomba,” kata seorang netizen.

“Terbaik, semua bekerjasama tangkap penjenayah,” tulis netizen lain. – 12 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related