Pemilik rumah mewakili ‘suara majoriti’ Kg Sg Baru buat laporan polis, dakwa jawatankuasa tabur ‘fitnah’

Perkembangan terbaharu ini menunjukkan pemilik rumah di kawasan tersebut tidak bersatu, dengan satu lagi persatuan mendakwa sebagai wakil penduduk

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penduduk Kg Sg Baru, yang merupakan sebahagian daripada penduduk yang mendakwa sebagai suara majoriti menyokong projek pembangunan semula di situ, telah membuat laporan polis terhadap dakwaan fitnah oleh persatuan penduduk yang lain.

Menurut laporan polis yang dikongsikan oleh sumber kepada Scoop, laporan berkenaan dibuat oleh Mohd Adam Abd Aziz, yang mendakwa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Projek Pembangunan Semula Kg Sg Baru (majoriti).

Laporan berkenaan dibuat di ibu pejabat balai polis Dang Wangi, kira-kira 10 pagi, pada 11 November.

Laporan berkenaan menyatakan dua artikel daripada Scoop, yang diterbitkan pada 29 Oktober dan 8 November, yang memaparkan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Rumah Teres dan Pemilik Flat Kg Sg Baru, Lele Suzana dari dua sidang media.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Baru, Lele Suzana. – Gambar Qistina Nadia Dzulqarnain/Scoop, 13 November, 2023

Adam, di dalam laporan berkenaan mendakwa kenyataan Lele yang diterbitkan oleh Scoop adalah ‘pembohongan’ yang boleh ‘mengelirukan dan menghasut’ sesiapa yang membacanya.

“Bagi pihak majoriti penduduk Kg Sg Baru dan waris mereka yang sah, (saya) berharap agar polis dalam menyiasat kenyataan oleh (Lele), yang sepatutnya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan mengelirukan orang ramai selain menganggu kesinambungan projek pembangunan semula itu.

Cubaan Scoop untuk menghubungi Adam pada hujung minggu ini bagaimanapun gagal.

Pada 29 Oktober lalu, laporan Scoop yang dipetik dalam laporan polis itu adalah berdasarkan sidang media oleh Jawatankuasa Tindakan Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Sg Baru pada hari sama di mana Lele mendedahkan ada syarikat lain yang tampil dan berminat untuk mengambil alih projek daripada pemaju hartanah Ritzy Gloss Sdn Bhd. 

Lele ketika itu berkata ada pemaju bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM950 kaki persegi kepada pemilik teres dan pangsapuri, iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding RM450 kaki persegi yang ditawarkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

Manakala dalam artikel 8 November pula, berdasarkan kepada sidang media oleh jawatankuasa bertindak yang sama, Lele berkata penduduk meletak harapan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan pemilik tanah di kawasan Melayu itu mendapat pampasan adil dalam projek pembangunan semula swasta. 

Sumber memaklumkan Scoop lebih ’10 laporan polis’ telah dibuat ke atas Khalid Samad. – Alif Omar/Scoop, 13 November, 2023

Terdahulu, Scoop melaporkan beberapa laporan polis telah dibuat oleh penduduk Kg Sg Baru yang terlibat dalam jawatankuasa penduduk majoriti itu ke atas mantan Menteri Wilayah, Khalid Samad kerana didakwa mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan mengelirukan melibatkan projek terbabit.

Pembangunan semula projek di kawasan Melayu itu menjadi topik utama pada 2021 apabila penduduk tempatan membangkitkan kebimbangan mengenai bagaimana Ritzy Gloss membuat permohonan untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960.

Kelulusan oleh kerajaan sebelum ini, di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) membolehkan kerajaan mengambil tanah berkenaan dan mengeluarkan notis pengunduran kepada penduduk bagi meneruskan projek terbabit.

Sebanyak 27 pemilik rumah teres dan 192 pemilik flat menerima tawaran awal oleh Ritzy Gloss sementara 37 pemilik rumah teres dan 72 flat dikenakan LAA.

Pemilik hartanah berpendapat nisbah keluasan tanah mereka harus dipertimbangkan untuk nilai yang lebih tinggi, maka undi mereka dalam isu terbabit perlu diambil kira.

Sebanyak 27 pemilik rumah teres dan 192 pemilik flat menerima tawaran awal oleh Ritzy Gloss sementara 37 pemilik rumah teres dan 72 flat dikenakan LAA. – Azim Rahman/Scoop, 13 November, 2023

Kumpulan ‘majoriti melawan minoriti’ telah lama menjadi perdebatan dalam kemelut pembangunan semula Kg Sg Baru, dengan penduduk yang menentang dan berkeras untuk menetap di situ mendakwa pemaju dan badan kerajaan telah membuat taksiran nilai yang salah, demi kepentingan pihak terbabit.

Sebelum ini, pakar kerajaan tempatan Derek Fernandez memberitahu Scoop bahawa Seksyen 3(1)(c) LAA yang digunakan kerajaan untuk mengawal tanah Kg Sg Baru, mesti dibaca dengan bahagian lain undang-undang agar perintah pengusiran dapat dilaksanakan secara sah. 

Kegagalan berbuat demikian, katanya, akan menimbulkan keraguan sama ada penduduk terpaksa mematuhi notis pengusiran yang dikeluarkan Pentadbir Tanah Kuala Lumpur sebanyak beberapa kali.

Tarikh pengusiran penduduk difahamkan telah ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan, sementara menunggu proses pengambilan tanah, seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Anwar, Datuk Azman Abidin kepada Scoop.

Scoop sebelum ini telah mendapatkan penduduk Kg Sg Baru, Khalid dan peguam yang mewakili jawatankuasa bertindak mengenai keadaan yang dialami oleh penduduk Kg Sg Baru itu. – 13 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related