◉ HEADLINES

Lebih RM32 juta berjaya dikumpul AAKRP untuk rakyat Palestin: Kementerian Luar

Sumbangan dan bantuan daripada Kerajaan Malaysia ini disalur dengan pelbagai cara sama ada secara dua hala, serantau atau pelbagai hala

8:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebanyak RM32.7 juta berjaya dikumpulkan sehingga 13 November lalu menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) untuk rakyat Palestin.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, akaun itu ditubuhkan dengan tujuan khusus untuk mengumpul serta menyelaras sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin dan ia akan disalurkan melalui kaedah-kaedah yang difikirkan bersesuaian dengan Kementerian Luar.

Jelasnya, menerusi AAKRP, pada separuh pertama tahun ini, sebanyak USD80,000 telah disalurkan dalam dua saluran berbeza, melalui Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan dan Kedutaan Besar Malaysia di Jordan serta Kementerian Pendidikan Palestin.

Sementara RM200,000 diserahkan kepada NGO Global Peace Mission untuk pembangunan di Gaza, Palestin.

“Selaras dengan dasar luar negeri kita di mana perjuangan Palestin merupakan salah satu teras utama, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada Kerajaan Palestin dan rakyatnya dalam apa jua keadaan.

“Sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia amat jelas dapat dilihat meliputi semua aspek baik dari segi politik, ekonomi dan penyaluran bantuan kewangan, mahu pun pembangunan kapasiti, termasuk pembangunan semula infrastruktur,’’ katanya.

Alamin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Tafufiq Johari yang ingin tahu jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada kerajaan Palestin.

Beliau juga memaklumkan, sumbangan dan bantuan daripada Kerajaan Malaysia ini disalur dengan pelbagai cara sama ada secara dua hala, serantau atau pelbagai hala.

“Alhamdulillah, setakat ini bantuan kita ini membantu saudara di Palestin secara berterusan,’’ katanya. – 15 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related