HEADLINES

Tarik balik tauliah jika individu pukul pelajar adalah agamawan berdaftar: Exco

Siasatan sedang dijalankan Jais bagi menentukan sama ada individu itu memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan oleh Mais

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Individu yang terkait dengan kes mencederakan seorang remaja di Kajang, akan diharamkan daripada mengajar agama di Selangor sekiranya dia merupakan pemegang tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, tauliah itu wajar ditarik balik serta-merta.

“Kalau terbukti dan ada asas perundangan yang kukuh, ya tauliah akan ditarik balik,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi menentukan sama ada individu itu memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan oleh Mais.

Keputusan mengenai siasatan itu, katanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Pada 14 Mac lepas, media melaporkan mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mendakwa dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali akibat perselisihan faham ketika kedua-dua individu berkenaan sedang memandu di kawasan Saujana Impian.

Berikutan itu, remaja lelaki berkenaan mengalami retak pada tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Siasatan yang dijalankan mendapati remaja itu tidak mempunyai lesen memandu dan dikenakan saman trafik.

Sementara lelaki yang berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Kajang pada 9.50 malam hari yang sama dan direman sehari dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan. – 17 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related