HEADLINES

Amaran hujan lebat tahap buruk di Terengganu, Kelantan hingga 20 Nov

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan hingga Isnin ini (20 Nov).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu dijangka melibatkan seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bermula hari ini. 

“Amaran hujan berterusan (tahap buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh 6 jam,” menurut kenyataan itu.  

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama. 

Kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Sabah (Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat). – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related