HEADLINES

Ancaman bom di 9 sekolah antarabangsa disahkan palsu

Pihak polis masih menjalankan siasatan bersama agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) bagi mendapatkan motif di sebalik emel palsu itu

8:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan emel ancaman bom di sembilan sekolah antarabangsa di Lembah Klang adalah palsu dan dihantar bagi mendatangkan kegusaran kepada pihak pengurusan institusi pendidikan itu serta ibu bapa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, justeru, pihak sekolah dan ibu bapa dinasihatkan tidak panik sekiranya menerima emel yang menyatakan ada ancaman bom di sekolah.

Menurutnya, pihak terbabit perlu melaporkannya kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan, sekali gus untuk mengelakkan timbul kegusaran dalam kalangan masyarakat yang tidak mengetahui kesahihan maklumat terbabit.

“Polis kontinjen Selangor mengesahkan, ada menerima tujuh maklumat repot pertama berkaitan email ancaman bom ditanam di beberapa sekolah. Pengirim emel menggunakan nama [email protected] menghantar ancaman bom ke beberapa sekolah di Kajang, Petaling Jaya, Kuala Langat, Subang Jaya dan Shah Alam.

“Sejurus menerima maklumat terbabit, pihak polis mengarahkan pasukan unit pemusnah bom polis kontinjen Selangor menjalankan siasatan lanjut. Hasil siasatan di tempat kejadian hingga 1 tengah hari ini, tidak menemui sebarang bom yang tertanam di sekolah dinyatakan.

“Emel terbabit adalah satu berita palsu yang mahu mendatangkan kegusaran kepada pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan bersama agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) bagi mendapatkan motif di sebalik emel palsu itu, selain memberi jaminan keadaan di kawasan sekolah dan persekitarannya adalah selamat.

“Keutamaan akan diberi dalam apa keadaan sekalipun, bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam persekitaran selamat dan ibubapa tidak perlu risau keselamatan anak-anak mereka,” katanya.

Hussein berkata, orang ramai juga diingatkan tidak menyebarkan sebarang berita palsu kerana boleh mendatangkan kerisauan, kebimbangan dan mengancam ketenteraman awam.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) dengan tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan penyebaran berita palsu ini yang boleh disabitkan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan merangkumi berita palsu secara bertulis atau lisan.

“Jika disabitkan dengan kesalahan, (boleh) penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Ipoh Velodrome RM10m upgrade to ease Nilai crunch, boost Northern cycling hub

A RM10 million overhaul of Velodrom Rakyat, including a roofed structure and new track, aims to relieve congestion at Nilai while positioning Ipoh as Malaysia’s new northern powerhouse for track cycling

Related