HEADLINES

Buli MCKK: Polis terima laporan perubatan, kertas siasatan dihantar semula minggu depan

Mohd Yusri berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menyelesaikan isu tersebut di luar mahkamah atau menarik balik kes.

5:35 PM MYT

 

IPOH – Polis telah menerima laporan perubatan lengkap daripada Hospital Kuala Kangsar (HKK) hari ini berhubung kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Susulan itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kertas siasatan kes itu akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan.

“Apabila kertas siasatan sudah lengkap, kita akan menghantar semula kepada Jabatan Peguam Negara untuk menerima arahan seterusnya sama ada (suspek) dituduh atau sebagainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan pada 24 Sept lepas mengenai kejadian tiga pelajar tingkatan empat dikatakan dipukul empat pelajar tingkatan lima dan mangsa telah dibawa ke HKK untuk rawatan lanjut.

Mohd Yusri berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menyelesaikan isu tersebut di luar mahkamah atau menarik balik kes.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menerima empat laporan ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel melibatkan sekolah di negeri ini sejak Selasa lepas.

Sekolah terbabit katanya ialah sekolah antarabangsa di Ipoh dan Kampar serta sekolah pendidikan khas di Manjung dan Taiping.

Menurutnya kesemua ancaman itu diterima pihak sekolah menerusi akaun e-mel yang tidak dikenal pasti seperti modus operandi di negeri lain. 

“Walaupun ancaman bom ini negatif, siasatan lanjut tetap dijalankan. Laporan telah dihantar kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Polis tidak sesekali mengambil mudah terhadap ancaman sedemikian kerana membabitkan kepentingan awam terutama di sekolah. Tindakan seperti pengosongan untuk tujuan keselamatan di kawasan terlibat dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya.

Setakat ini, polis menerima sebanyak 51 laporan mengenai ancaman bom melibatkan 51 buah sekolah di beberapa negeri sejak Selasa lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, peningkatan laporan itu berikutan penerima e-mel terbabit lewat membacanya, walaupun ancaman itu disebarkan pada waktu yang hampir sama. – 24 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related