HEADLINES

Video pembaca berita seperti tidak bermaya tular, netizen kata ini ‘budak intern’ ke?

Dalam video itu, pemuda terbabit dilihat seolah-olah baharu sahaja memulakan tugasnya di hadapan kamera

8:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gelagat seorang pembaca berita lelaki di sebuah stesen televisyen swasta yang kelihatan seperti tidak bermaya ketika menyampaikan berita mendapat perhatian netizen.

Dalam video yang tular di laman X, pembaca berita lelaki terbabit dilihat seolah-olah baharu sahaja memulakan tugasnya di hadapan kamera.

Video yang dimuatnaik pengguna X, _AmranFans dengan kapsyen “A** ambil budak ‘intern’ baca berita ke apa ni? Lemah longlai je. Baca pun merangkak” mendapat lebih 400,000 tontonan setakat ini.

Tinjauan di ruangan komen, mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat tersebut dan meminta pemuda itu memperbaiki lagi mutu bacaannya selepas ini.

“Suara dan gaya macam tak betul,” kata @lancer3977.

“A** ni semua terkenal dengan pembaca berita yang profesional, hat (yang) ni pasaipa (kenapa) macam pertandingan membaca dah,” kata @elisyaaish.

“Semua reporter (wartawan) berita freelance (bebas) dekat TikTok. A** kehabisan reporter,” kata @ismailabinting.

Meskipun ramai mengkritik teknik penyampaiannya, tidak kurang juga yang mempertahankan pembaca berita tersebut yang berkemungkinan kurang sihat ketika sedang bertugas.

“Macam sakit tekak dan selesema, jadi tak payahlah judgemental (menghakimi) nak kecam-kecam sangat. Entah-entah tak sihat ke apa, kesian dia,” kata @njoeanne.

“Member sakit tekak, mu ingat selamanya ke suara dia sama. Itu pun dah yang terbaik dah tu dia baca,” kata @syfqlx.

“Mungkin pembaca berita ini tak sihat tapi perlu selesaikan tugasan,” kata @neninonuna.

Terdahulu, dalam video berdurasi satu minit 14 saat itu, pembaca berita yang dikenali sebagai Fauzi Zin itu sedang membacakan berita luar negara berkenaan insiden seorang wanita ditembak mati kekasihnya di Brazil baru-baru ini. – 24 November, 2023

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

Related