◉ HEADLINES

Pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India mulai 1 Dis: PM

Langkah berkenaan bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara selain memudahkan hubungan antarabangsa yang lebih baik

7:20 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Rakyat China dan India boleh menikmati pengecualian visa ke Malaysia mulai 1 Disember ini, demikian pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan pada kongres tahunan PKR, Anwar berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara selain memudahkan hubungan antarabangsa yang lebih baik.

Perdana Menteri, yang juga presiden PKR berkata, ia bagi memperingati ulang tahun ke-50 kerjasama strategik Malaysia dengan China pada tahun hadapan, pelawat dari China dan India akan menikmati perjalanan tanpa visa selama 30 hari.

“Pengecualian visa itu tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan dan saringan awal bagi semua pelancong ke Malaysia.

“Mereka yang didapati mempunyai rekod jenayah atau risiko jenayah tidak akan diberikan visa,” kata Anwar.

Negara-negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan pula pada masa ini menikmati kemudahan pengecualian visa.

Pengumuman Perdana Menteri itu susulan langkah China yang melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang passport biasa dari Malaysia dan lima negara lain bermula 1 Disember 2023 sehingga 30 November 2024.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata, naratif rakyat Malaysia ke atas Singapura perlu dihapuskan kerana negara berkenaan merupakan rakan ekonomi dunia.

“Hubungan kita dengan Singapura semakin baik, (maka) sentimen dan tanggapan lama mesti dihentikan,’’ kata Anwar dalam ucapan penggulungan pada Kongres Tahunan PKR di sini, hari ini.

“Semasa saya mengadakan pertemuan dengan (Perdana Menteri Singapura) Lee Hsien Loong, saya memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan mengambil langkah positif mengenai isu-isu yang melibatkan sempadan dan ruang udara.’’

Perdana Menteri menambah terdapat perancangan untuk mewujudkan zon ekonomi di Johor yang diselenggara oleh Menteri Ekonomi kedua-dua negara.

Anwar juga memaklumkan, beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Srettha Thavisin untuk membincangkan mengenai hubungan dua hala dan pelancongan yang bakal memberi manfaat kepada utara Malaysia serta Selatan Thailand. – 26 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Iran confirm 2026 World Cup participation, outline conditions for hosts

Federation insists on visa assurances, security guarantees and respect for national symbols ahead of tournament in North America

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Malaysia Cup: JDT defy red card drama to seal historic treble treble

Arif Aiman strikes late winner as JDT overcome early setback and a red card to clinch 2-1 victory over Sri Pahang

◉ Related