◉ HEADLINES

‘Jangan sangka kita berada dalam satu Kabinet, Umno sudah hilang taring’: Tok Mat

Politik boleh berubah dan gabungan boleh bertukar namun prinsip akan kekal bersama dengan Umno, kata Mohamad Hasan

9:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno mengingatkan rakan-rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan bahawa parti itu akan menentang habis-habisan mereka yang cuba menggugat keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja Melayu.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun Umno mahukan kestabilan politik namun parti itu tidak memejam mata jika tiga teras utama itu digugat.

Tegasnya, politik boleh berubah dan gabungan boleh bertukar namun prinsip akan kekal bersama dengan Umno.

“Prinsip garis merah ini bukan laungan yang sekadar untuk sedapkan hati perwakilan. Saya nak ingatkan rakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan, jangan sangka kita berada dalam satu Kabinet, Umno sudah tumpul taring.

“Kita akan bersuara pada sesiapa juga sama ada kawan dan lawan yang cuba robek tiga teras itu. Kita bersedia bekerjasama demi rakyat, negara tetapi jika ada tangan gatal yang cuba sentuh agama, bangsa dan Raja kami, tangan itu akan kami akan tepis dengan kekuatan yang ada.

“Saya nak nafikan persepsi kita Pak Turut yang boleh dibuli dan dicucuk hidung. Saya nak buktikan prinsip yang kita sebut ini menjadi perisai ampuh dalam Kabinet, ’’ katanya ketika berucap pada perasmian serentak Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini, malam tadi.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 berlangsung dari 14 hingga 17 Januari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini selepas ditangguhkan dua kali pada Ogos dan November bagi memberi laluan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu berlangsung hari ini melibatkan 1,165 perwakilan bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda (1,173 orang) dan Puteri (1,146 orang).

Sebahagian perwakilan Puteri Umno yang hadir pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar Bernama, 15 Januari, 2026

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, parti itu perlu segera membina pelan hala tuju yang jelas dalam tempoh 24 bulan akan datang bagi memastikan Umno kekal relevan dan diyakini pengundi.

“Anak muda 25 tahun yang kerja Grab atau Foodpanda, tak leka mengenang pencapaian Umno 40 tahun lalu. Dia mengundi atas dasar harapan tentang masa depan.

“Dia tanya gaji aku cukup tak? Boleh beli rumah tak? Kita mesti tawarkan penyelesaian gaji dan kerjaya. Ketengahkan rancangan Ekonomi Gig dan kebebasan bekerja,’’ katanya.

Beliau juga menegaskan Umno adalah penyemak imbang dan meskipun tidak mempunyai banyak kerusi, namun Umno akan memastikan tiada dasar melampau atau merugikan orang Melayu dibiarkan begitu sahaja. – 15 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related