◉ HEADLINES

Anwar tiba di Sadao, Thailand untuk lawatan kerja sehari

Anwar diiringi Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah

1:14 PM MYT

 

SADAO – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, di sini bagi lawatan kerja sehari membincangkan perkara-perkara berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri disambut rakan sejawatannya Srettha Thavisin.

Anwar diiringi Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Srettha, serta mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Kedua-dua pemimpin kemudian akan melawat tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan Pusat Pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia dan CIQ Sadao, Thailand yang merupakan projek dua hala yang sedang dilaksanakan kedua-dua negara.

Anwar dan Srettha juga dijadualkan untuk melawat ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia.

Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, lawatan Anwar itu merupakan susulan persetujuan yang dicapai semasa lawatan Srettha ke Malaysia pada 11 dan 12 Okt lepas.

Menurut kenyataan itu ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao merupakan sempadan penting kedua-dua negara dan antara pintu keluar dan masuk utama perdagangan dan pelancongan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala melalui ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao menjangkau RM33.67 bilion, manakala kemasukan pelancong warganegara Thailand ke Malaysia melalui sempadan berkenaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 ialah seramai 212,691 orang.

Wisma Putra memaklumkan lawatan berkenaan memperlihatkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan yang baik dan erat antara dua negara berjiran, terutamanya dalam pembangunan bersama di sempadan. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related