HEADLINES

Cadangan kaji semula subsidi minyak bagi T20 dimuktamad dalam masa terdekat: Anwar

Cadangan itu telah dibincangkan oleh beberapa kementerian dan jawatankuasa berkaitan sejak beberapa minggu lepas, namun kerajaan belum memuktamadkan sama ada ia akan melibatkan kumpulan T20, T15 atau kategori lain

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih meneliti mekanisme terbaik berhubung cadangan semakan semula subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi T20, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, cadangan berkenaan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Cadangan itu, katanya, telah dibincangkan oleh beberapa kementerian dan jawatankuasa berkaitan sejak beberapa minggu lepas, namun kerajaan belum memuktamadkan sama ada ia akan melibatkan kumpulan T20, T15 atau kategori lain.

“Memang cadangan itu telah dikaji sejak tiga minggu, sebulan yang lalu tapi belum pastikan sama ada T20 ke T15 ke supaya tidak membebankan yang menengah atas dan kemudian mudah untuk pelaksanaan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama mahasiswa India di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan semakan semula subsidi bagi golongan T20 serta pelan kesinambungan berkaitan subsidi minyak, yang dijangka diumumkan pertengahan bulan ini.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata Perdana Menteri dijangka mengumumkan pelan berkaitan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini, susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz.

Menurut Akmal, pelan berkenaan dijangka memfokuskan kepada usaha memastikan bekalan minyak domestik kekal mencukupi bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara, selepas kerajaan sebelum ini memberikan jaminan bekalan semasa mampu bertahan hingga Jun.

Pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Pemuda Umno akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi (T20) ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0).

Akmal Saleh berkata, langkah rasionalisasi dan subsidi bersasar itu penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat ketika ini. – 10 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related