◉ HEADLINES

Bayi tujuh bulan rentung kenderaan terbakar

Mangsa Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan itu, manakala pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh

2:02 PM MYT

 

KUALA KRAI – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas melanggar tiang lampu di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Fadzil Musa berkata mangsa Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan itu, manakala pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh.

“Pihak bomba terima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan pada pukul 4.04 pagi membabitkan sebuah kereta Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbakar.

“Mayat bayi berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala bapa dan ibu mangsa Nur Hasidah Razmi, 25, yang cedera ringan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Malaysia Airlines steps up Europe flights to help stranded travellers

Extra services to London and Paris launched in response to global disruptions

◉ Related