HEADLINES

Penganjur konsert di Kelantan didenda lebih RM10,000, tampil penyanyi tak patuh etika pemakaian

Antara kesalahan dikenal pasti ialah penyanyi dari Thailand tidak mematuhi etika pemakaian dan membenarkan pengunjung beragama Islam ke konsert tersebut

3:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penganjur konsert Pesta Loy Kratong di Bachok akan dikenakan denda melebihi RM10,000 kerana gagal mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan dan antara kesalahan yang dikenalpasti ialah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian.

Selain itu, penganjur juga membenarkan pengunjung beragama Islam ke konsert terbabit.

“Pihak penganjur memohon permit untuk acara berkenaan pada 25 Jun dan permit hanya diluluskan pada 20 September selepas kita menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi termasuk lokasi penganjuran tertutup serta hanya dihadiri penganut agama mereka,’’ katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pada Rabu, Ketua Wanita PKR Kelantan, Nor Azmiza Mamat menggesa Kerajaan Kelantan mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan terhadap satu konsert yang berlangsung di Bachok, di mana penyanyinya memakai pakaian mencolok mata sekali gus didakwa tidak mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan.

Konsert tersebut dianjurkan sempena Pesta Loy Krathong dan melalui beberapa sebaran video di TikTok, ia memperlihatkan pakaian penyanyi serta penari dalam keadaan mencolok mata serta tidak memenuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan.

Loy Krathong merupakan sambutan tahunan masyarakat Siam yang majoritinya merupakan penganut Buddha.

Hilmi berkata, susulan video berkenaan, pihaknya sudah melakukan siasatan dan proses pendengaran semalam yang dihadiri beberapa pihak termasuk wakil Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, pihak polis, pejabat agama dan penganjur.

“Pihak penganjur di Bachok mengakui seorang anggota Rela yang diupah di konsert berkenaan, gagal mengawal keadaan sehingga acara itu turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

“Sedangkan poster berhubung acara berkenaan sudah dibuat dalam bahasa Thailand dan konsert keagamaan yang diadakan secara tahunan itu hanya untuk penganut beragama Buddha,” katanya. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related