Serangan ulat bulu di Kg Tepi Laut pernah berlaku 6 tahun lalu, boleh akibatkan radang kulit

Ia juga serangga perosak utama pokok jati dan perosak minor kepada lebih 45 jenis tumbuhan

5:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Serangan ulat bulu hitam atau rama-rama jati di kawasan seluas 20 hektar di Kampung Tepi Laut Mukim Tebengau, Kuala Muda, Kedah, pernah berlaku enam tahun lalu.

Menurut Jabatan Pertanian, serangan di kawasan yang sama itu berlaku pada 27 November 2016 dan boleh mengakibatkan radang pada kulit jika berlaku sentuhan atau terkena cecair ulat terbabit.

Ia juga, katanya, adalah serangga perosak utama pokok jati dan perosak minor kepada lebih 45 jenis tumbuhan yang kebanyakannya merupakan pokok hutan atau paya bakau termasuk pokok api-api (Avicennia spp.) yang terdapat di persisiran laut berhampiran kampung tersebut.

“Jabatan Pertanian melalui Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) telah menjalankan siasatan penuh dan hasil diagnostik mendapati ulat bulu itu muncul dengan memakan daun pokok api-api (Avicennia spp.) yang tumbuh sekitar persisiran pantai dan menyebabkan tumbuh-tumbuhan itu mati.

“Ia adalah serangga yang terdapat di kawasan tropika dan hidup secara semula jadi di kawasan hutan serta paya bakau dengan kitaran hidup Rama-Rama Jati ini mengambil masa antara 18 hingga 36 hari iaitu daripada peringkat telur hingga dewasa.

“Kitaran ini bergantung kepada keadaan cuaca dan kedapatan sumber makanan,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Ulat bulu ini, kata Jabatan Pertanian dilaporkan kerap menyerang kawasan tanaman jati (semulajadi dan komersial) selain tumbuhan hutan di negara-negara Asia Tenggara, India, Mexico, Bangladesh, China, Amerika Tengah, Afrika, Australia dan kepulauan Caribbean.

Justeru, Jabatan Pertanian menasihatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan berhati-hati ancaman ulat ini dalam fasa pengawalan.

“Jika serangan masih berterusan hendaklah merujuk Jabatan yang bertangungjawab,’’ katanya. – 30 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

KL entertainment centre targeted in suspected petrol bomb attack

Police investigating incident in Jalan Yap Kwan Seng, captured on CCTV footage around 2.18am yesterday

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related