‘Arau kena latih Ahli Parlimen PN jangan bagi bola tanggung’: Rafizi

Katanya, ia bukan sahaja memakan diri ahli Parlimen pembangkang, malah boleh menunjukkan kelemahan parti

7:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli secara sarkastik meminta Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim melatih wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) supaya tidak mengemukakan soalan ‘bola tanggung’.

Katanya, soalan seperti itu bukan sahaja akan memakan diri ahli Parlimen pembangkang, malah boleh menunjukkan kelemahan parti.

“Saya tahu Arau marah kerana soalan (Ahli Parlimen) Bachok (Syahir Sulaiman) itu bola tanggung kepada saya.

“Sebagai Pengerusi Lajnah Parlimen, lain kali Arau kena latih ahli-ahli Parlimen PN supaya tak bagi soalan yang beri bola tanggung,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan itu disuarakan Rafizi selepas Shahidan mencelah sesi penggulungannya selepas jawapan diberikan Rafizi mengenai soalan berhubung isu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC) dilontarkan Syahir dianggap ‘tidak waras’, sehingga mencetuskan kekecohan.

Terdahulu, Syahir berkata, berdasarkan perkongsian sumber rentas negeri mengenai perbezaan jumlah sumber dimiliki negeri, ada negeri mempunyai lebihan sumber dan terdapat negeri kekurangan sumber.

“Adakah menteri bersetuju supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama di negeri ini, khususnya pihak SEDC negeri diberikan mandat untuk meningkatkan pelaburan langsung domestik secara rentas negeri,” katanya.

Menjawab soalan itu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, sememangnya tidak timbul soal mandat kerana sokongan diberikan itu terbuka luas.

“Isu dia adalah apabila SEDC ini diuruskan pada tahap berbeza-beza, ada yang sudah sampai ke peringkat tinggi dan boleh menjadi konglomerat besar, tanpa satu sen pun bantuan peruntukan pembangunan kerajaan Persekutuan.

“Ada juga yang daripada negeri pembangkang yang masih memerlukan puluh-puluh juta tiap-tiap tahun daripada kerajaan Persekutuan, saya cadangkan supaya Bachok beritahu kepada bakal ahli Parlimen Kemaman kalau dia menang, sebelum dia fikir macam mana nak melabur di negeri lain, bangunkan kekuatan kewangan negeri masing-masing dahulu supaya tidak bergantung kepada suntikan wang Persekutuan, seperti negeri,” katanya.

Selain itu, dalam ulasannya, Rafizi berkata, SEDC adalah satu daripada agensi yang ditubuhkan pada 60-an hingga 70-an dan isu membabitkan perbadanan itu ketika ini, bukan soal mandat atau tak dapat sokongan, sebaliknya mengenai kemampuan serta kecekapan pengurusan.

“SEDC berbeza-beza, contohnya kita ada SEDC, di Selangor ada PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) yang mempunyai syarikat besar disenaraikan, begitu juga di Johor, kita ada J-Corp (Johor Corporation), jadi mereka terbuka luas untuk menjalankan apa-apa aktiviti boleh menambah nilai.

“Tapi kalau saya boleh sebut di sini, cuma Bachok jangan marah, kalau tengok kepada SEDC contoh Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, contohnya mereka masih lagi bergantung kepada peruntukan Persekutuan untuk melaksanakan projek dalam negeri.

“Saya tengah tengok sekarang sebenarnya kerana ia tidak berlaku adil kepada SEDC negeri-negeri lain yang sudah lama tidak diberikan peruntukan Persekutuan,” katanya. – 30 November, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related