◉ HEADLINES

Dana Aman Palestin tidak boleh dikeluarkan hingga siasatan SPRM selesai: Azam Baki

Menurutnya, siasatan terhadap akaun NGO itu ketika ini adalah serius

10:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan dana Aman Palestin Berhad yang dibekukan tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan diselesaikan agensi itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap akaun badan bukan kerajaan itu (NGO) ketika ini adalah serius kerana membabitkan kepentingan awam.

“Berhubung akaun Aman Palestin yang dibekukan, SPRM masih menyiasat kesahihan transaksi dan tuntutan sebelum ini.

“Dalam isu berkenaan, SPRM tidak boleh begitu sahaja mengeluarkan dana itu sehingga semua siasatan selesai.

“Ini termasuklah penjelasan diperolehi berhubung penggunaan bertanggungjawab terhadap derma awam berjumlah jutaan ringgit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap NGO terbabit perlu dijadikan teladan bagaimana derma awam sedemikian digunakan.

“Sebagai badan penguatkuasaan antirasuah utama, SPRM memandang serius kes ini kerana ia adalah kepentingan awam.

“Ia berkemungkinan akan menjadi contoh bagaimana derma awam boleh dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa SPRM untuk membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza.

Beliau menzahirkan kebimbangan mengenai penderitaan penduduk Palestin akan bertambah menjelang musim sejuk, selepas berdepan serangan dan kekejaman Israel.

Dr Mahathir berkata, SPRM seharusnya membenarkan wang itu disalurkan kepada rakyat Palestin dan penduduk lain di Semenanjung Arab bagi menghadapi musim sejuk, walaupun NGO berkenaan masih dalam siasatannya.

Terdahulu, SPRM membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah lebih RM15 juta.

Isnin lalu, Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada SPRM menyah-beku akaunnya atau berdepan tindakan perundangan. – 1 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

◉ Related