◉ HEADLINES

Aman Palestin tiada kaitan dengan mana-mana wakil rakyat, ahli politik

Mukhriz Mahathir tidak pernah dilantik menjadi Penasihat Aman Palestin

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aman Palestin menegaskan pertubuhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana wakil rakyat mahupun ahli politik seperti yang tular baru-baru ini.

Ia sebagai menjawab dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini menyatakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan sebagai Penasihat pertubuhan tersebut pada ruangan pendapat bertarikh 20 Januari 2023.

Pendapat tersebut ditulis oleh orang awam yang keliru antara Aman Palestin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang hampir sama nama organisasi.

Petikan pendapat itu juga telah dipadam serta-merta.

Menurut kenyataan Aman Palestin, ruang pendapat di laman sesawang amanpalestin.net dahulunya diberi ruang untuk masyarakat menyuarakan pendapat dan hujah tetapi terdapat beberapa pendapat bertentangan dan tidak tepat yang menyebabkan kekeliruan masyarakat.

“Datuk Seri (Mukhriz) tidak pernah dilantik menjadi Penasihat Aman Palestin. Kami juga memohon maaf kepada beliau atas kekeliruan yang berlaku.

“Ruang pendapat tersebut bukanlah mewakili pendirian rasmi Aman Palestin, ia hanyalah semata-mata pendapat masyarakat. Kini, ruangan tersebut telah ditutup untuk orang awam selepas pembaharuan laman sesawang tersebut dibuat,” katanya.

Aman Palestin memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang berlaku dan segala kesulitan amat dikesali.

“Semoga penafian ini membantu memberikan pencerahan kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Siasatan dijalankan bagi memastikan dana diperoleh hasil derma awam yang bernilai jutaan ringgit digunakan dengan telus. – 2 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related