HEADLINES

Remaja cuba samun pemandu e-hailing akan didakwa esok

Remaja terbabit bertindak mengacukan pisau terhadap seorang pemandu e-hailing dalam cubaan samun di Taman Keladi dekat Sungai Petani

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Remaja lelaki berusia 13 tahun yang juga suspek kes cubaan samun pemandu e-hailing pada Isnin lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pertuduhan terhadap remaja yang masih bersekolah itu dibuat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, polis telah merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri dan arahan mendakwa dibenarkan mengikut seksyen terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, remaja terbabit bertindak mengacukan pisau terhadap seorang pemandu e-hailing dalam cubaan samun di Taman Keladi dekat Sungai Petani, kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu.

Pemandu e-hailing yang juga warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan sebaliknya bertindak menggigit tangan suspek dan merampas pisau tersebut sebelum remaja terbabit turun dari keretanya dan melarikan diri.

Tindakan remaja terbabit dirakam menerusi kamera ‘dashboard’ yang dipasang pada kereta pemandu e-hailing terbabit dan video berdurasi satu minit 32 saat itu tular di media sosial. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Budget 2026: RM2 billion cash aid for Deepavali

Prime minister says nearly nine million Malaysians will benefit from increased STR and SARA assistance, with allocations rising to RM15 billion next year

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related