HEADLINES

Larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan asing berkuatkuasa esok

OPS TIRIS 4.0 diperkasa bagi memastikan pematuhan peraturan dan membanteras penyeludupan serta penyelewengan subsidi bahan api, khususnya di kawasan sempadan

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Larangan terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing di stesen-stesen minyak akan berkuatkuasa bermula esok.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam hantaran di media sosial memaklumkan larangan itu turut diperluas kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang berpendaftaran asing.

“Agenda penguatkuasaan akan terus diperkasa melalui pelaksanaan OPS TIRIS 4.0 (Bersepadu) bagi memastikan pematuhan peraturan serta membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan subsidi bahan api, khususnya di kawasan sempadan susulan ketegangan konflik Asia Barat.

“Kesalahan boleh dihukum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,’’ katanya.

Selain itu, penggunaan kad kredit dan debit asing bagi pembelian RON95 juga akan disekat secara berperingkat bermula esok.

Januari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat memberitahu kementeriannya sedang sedang merangka peraturan baharu bagi menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

Menurut Armizan, langkah itu melibatkan pengenalan undang-undang baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961, bagi memperkukuh kawalan terhadap penyaluran subsidi petrol RON95.

“Ini kerana kerangka perundangan sedia ada, iaitu di bawah Peraturan 12A hanya melibatkan larangan terhadap penjualan, maksudnya tindakan hanya boleh diambil terhadap stesen minyak dan bukannya kepada pemilik ataupun pembeli yang menggunakan pendaftaran kenderaan warga asing.

“Jadi melalui peraturan baharu yang sedang kita rangka ini, larangan itu akan bukan sahaja melibatkan penjualan tetapi juga pembelian, maksudnya mereka yang membeli, pemilik ataupun pemandu yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing juga boleh dikenakan tindakan,” katanya. – 31 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related