HEADLINES

‘Voice note’ dakwa katil penuh, jangkitan wabak baharu palsu, ditularkan semula: KKM

Audio tersebut pernah ditularkan pada 2021

11:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan katil di wad hospital penuh dan tidak mencukupi serta penularan wabak baharu dari Afrika seperti dakwaan dalam rakaman ‘voie note’ yang tular di aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

KKM mengesahkan, audio tersebut sebenarnya pernah ditularkan dua tahun lalu dan kini disebarkan semula untuk menimbulkan keresahan orang ramai.

“Ia turut mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes ‘brought in dead’ (BID), serta penularan wabak baru dari Afrika yang menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.

“KKM ingin memaklumkan bahawa ‘voice note’ ini pernah tular pada 2021 dan kini diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi Whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam,” katanya.

Sehubungan itu, KKM memohon orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, KKM turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.

“Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S (kawasan sesak, sempit, elak sembang secara dekat), lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin termasuk dos penggalak dan antiviral Paxlovid sekiranya positif,” katanya.

Sebanyak 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 November lalu, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, majoriti kes iaitu 48 peratus membabitkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

Beliau berkata, kes mingguan COVID-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak ME 41/2023 hingga ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

Related