◉ HEADLINES

KSN baharu akan terus buat lawatan mengejut ke seluruh negara

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata lawatan mengejut itu bukan bertujuan untuk mencari salah atau mengejar populariti, tetapi bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa berada pada tahap terbaik

5:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan akan meneruskan sesi lawatan mengejut terutama ke agensi barisan hadapan di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu antara usaha bagi menangani tiga cabaran dihadapi sektor awam termasuk penyampaian perkhidmatan yang masih menggunakan kaedah lama, kurang efektif dan tidak berdaya saing.

Katanya, lawatan mengejut itu bukan bertujuan untuk mencari salah atau mengejar populariti, tetapi bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kita bercakap tentang teknologi yang meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, tetapi dalam masa yang sama masih terdapat juga rungutan daripada pelanggan (bahawa) kerajaan ini lambat, kerajaan ini tak prihatin, kaunter ada sepuluh, yang buka hanya satu dan macam- macam lagi.

“Untuk ini, seperti lawatan mengejut saya ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya baru-baru ini, saya akan meneruskan lawatan mengejut ini di seluruh negara, terutama agensi barisan hadapan, tanpa kelibat mana-mana pegawai kanan.

“(Ini) bukan bertujuan untuk mencari salah atau mengejar populariti, tetapi kerana saya percaya sebagai KSN, adalah satu amanah untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa berada di tahap terbaik,” katanya berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara 2024 di Putrajaya, hari ini.

Beliau juga percaya kepada konsep Management by Walking Around (MBWA) bahawa setiap Ketua Jabatan yang lain juga perlu mengambil pendekatan serupa bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat sentiasa cekap, pantas dan profesional.

Selain itu Shamsul Azri berkata, menangani cabaran yang cukup menebal dalam sektor awam iaitu mentaliti silo dan birokrasi yang masih kuat mengakar dan berumbi dalam sesetengah agensi.

“Puncanya sebab ada perasaan ‘superior’ atau rasa diri berkuasa dan lebih hebat daripada orang lain.

“Kononnya, kuasa mutlak ialah milik agensi itu. Jadi, nak luluskan satu-satu projek pembangunan, kena lalu proses membabitkan kementerian dan agensi ini,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan masih wujud “Little Napoleon” dalam organisasi Kerajaan.

“Malah, kalau kita lihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), sehingga Ogos 2024, sejumlah 408 tangkapan telah dibuat melibatkan penjawat awam, meningkat berbanding 318 tangkapan bagi tempihbsama tahun lalu,” katanya. – 10 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related