◉ HEADLINES

Taipei destinasi pelancongan antarabangsa utama rakyat Malaysia pada 2024, Kuala Lumpur dahului lokasi tempatan

Pilihan disenaraikan Agoda itu mengenal pasti beberapa faktor pendorong, antaranya budaya, makanan dan alam semula jadi

4:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelancongan sentiasa menjadi aktiviti digemari masyarakat, terutama rakyat di negara ini, malah sektor terbabit adalah antara penyumbang terbesar ekonomi.

Justeru, data platform pencarian lokasi percutian dalam talian, Agoda menyenaraikan 10 destinasi pelancongan, masing-masing lima lokasi antarabangsa dan domestik paling banyak ditempah rakyat Malaysia untuk melancong pada tahun depan.

Taipei mendahului sebagai destinasi pelancongan antarabangsa utama dipilih rakyat Malaysia, berbanding tahun lalu yang menyaksikannya berada di tempat keempat.

Pilihan itu memandangkan ia dianggap ‘meriah’ dengan gabungan budaya tradisi dan unsur moden, selain memiliki kekayaan budaya serta bangunan pencakar langit ikonik, Taipei 101.

Tokyo berada di tempat kedua sebagai destinasi paling didambakan dan kedudukannya meningkat, berbanding berada paling bawah antara negara disenaraikan pada 2023.

Perjalanan lokasi antarabangsa pilihan tahun depan terus menyaksikan Thailand tetap berada di hati pelancong Malaysia apabila dua bandarnya, iaitu Bangkok dan Hat Yai terpilih, masing-masing di kedudukan ketiga serta keempat.

Seoul turut tersenarai mengatasi Singapura yang tidak berada dalam lima lokasi itu, walaupun tahun lalu, republik berkenaan di kedudukan ketiga.

Manakala, Kuala Lumpur kekal sebagai destinasi pelancongan domestik pilihan utama rakyat tempatan di negara ini pada 2024, sama seperti kedudukannya tahun lalu.

Ia disebabkan gabungan dinamik budaya, inovasi dan kepelbagaian dalam hab kosmopolitan itu.

Mengikuti rapat adalah lokasi ‘syurga makanan’, Pulau Pinang yang turut menawarkan tempat percutian serta budaya menarik.

Destinasi kaya dengan alam semula jadi, Kota Kinabalu dan Langkawi turut tersenarai, iaitu di tempat ketiga serta kelima.

Johor Bahru yang memiliki bandar sibuk, taman tema, laut dan padang golf bertaraf dunia juga antara lokasi menerima tempahan tinggi tahun depan. – 8 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related