HEADLINES

FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti

Melalui pengalaman lalu terdapat dakwaan yang betul, namun ada juga yang palsu, jadi siasatan khusus perlu dilakukan

3:33 PM MYT

 

IPOH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.

Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli berkata, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika benar BPT yang berada dalam pasaran tidak berkualiti.

Katanya, sebelum ini terdapat isu berbangkit seperti isu beras dibungkus semula termasuk isu beras plastik tetapi setelah disiasat dakwaan terbabit tidak benar.

“Kalau dakwaan mengenai kualiti BPT ini yang paling baru, namun begitu saya akan arahkan FAMA untuk ambil maklum perkara ini dan lakukan siasatan mendalam berhubung isu yang dibangkitkan pengguna.

“Sebab melalui pengalaman lepas, dakwaan-dakwaan seperti ini ada yang asli dan ada juga yang palsu, jadi perlukan siasatan khusus dan mendalam supaya siasatan lapangan dapat dilakukan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Keterjaminan Makanan Bersepadu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Kolej TAJ, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua DPMM, Ir Kamarullafifie Ahmad.

Aminuddin diminta mengulas satu tangkap layar seorang pengguna di laman media sosial Facebook IPOH STATION 18 AJERR yang mendakwa BPT diedarkan FAMA tidak mempunyai kualiti sama seperti sebelum ini, kerana mudah basi, tidak gebu dan lebih kusam.

Status dimuat naik pengguna Amira Amir pada 15 November lalu itu mendapat 157 komen dan lima perkongsian.

Sementara itu, Aminuddin menambah FAMA setakat ini diberikan bekalan mencukupi dan menerusi laporan diterima pihaknya, bekalan BPT mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.

“Setakat ini stok beras memang mencukupi dan kami boleh mengagihkan BPT kepada setiap outlet di bawah FAMA menerusi Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat serta menerusi Program Jualan Agro Madani.

“Cuma saya nak maklumkan FAMA belum lagi menerima laporan dan aduan tentang kualiti beras setakat ini sebab beras ini sifatnya turut ada tamat tempoh iaitu selama enam bulan, jadi kita alu-alukan laporan daripada pihak pengguna,” katanya. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related