HEADLINES

Muqharabbin keluar Umno, sertai PN, ‘apa guna mesyuarat tiap-tiap bulan akhirnya…’

Beliau menegaskan, keputusan itu bukan untuk mengejar jawatan dan menjadi calon, sebaliknya ingin memperkukuhkan penyatuan Melayu.

4:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas EXCO Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan keluar Umno dan menyertai Perikatan Nasional (PN) bermula hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu dimaklumkannya menerusi Facebook sebentar tadi dengan turut berkongsi foto beliau berjabat tangan dengan Setiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang turut menyaksikan tiga individu lain, termasuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menerusi perkongsiannya, Muqharabbin mendedahkan alasan di sebalik keputusan itu adalah kerana merasakan perjuangannya selama ini dalam Umno sia-sia.

“Assalamualaikum. Rasmi. Saya umumkan saya sudah keluar daripada Umno dan menyertai PN bermula hari ini. Saya sertai PN kerana setelah PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), apa diperjuangkan selama saya jadi Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Bahagian dalam mesyuarat penting, selalu ditekankan iaitu No Anwar, No DAP, akhirnya sia-sia.

“Apa guna mesyuarat tiap-tiap bulan akhirnya ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan. Saya lebih percaya kepada kekuatan Muafakat Nasional (MN) yang sewajarnya menerajui negara. Tetapi apakan daya, segelintir pemimpin Umno merosakkan segala usaha dibina,” katanya.

Beliau menegaskan, keputusannya untuk bersama parti dikemudi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bukan untuk mengejar jawatan dan menjadi calon, sebaliknya ingin memperkukuhkan penyatuan Melayu.

“Kalau saya kejar jawatan, buat apa saya keluar Umno? Kan Umno bersama kerajaan kini? Lagi senang saya ikut je kerajaan. Jadi tak perlu nak menambah dosa fitnah jahat cybertrooper dan orang yang tidak mengenali saya menuduh bukan-bukan. Susah nanti nak jumpa saya di akhirat.

“Lagipun saya hanya keluar parti dengan baik, bukan keluar Islam. Jadi saya pesan, jadilah orang yang memperjuangkan Islam dan orang Melayu yang beradap dan bermaruah,” katanya.

Muqharabbin berkata, walaupun memilih laluan parti berbeza, beliau tetap berkawan baik dengan ahli Umno dan akan kekal bersahabat selamanya.

“Mana tahu esok lusa PN dan BN kembali bergabung kan. Semoga ukhwah kita tetap terjaga dan teruslah berjuang. Parti ini tetap sentiasa saya hormati dan sayangi walaupun tidak bersama lagi.

Pada 27 Januari lalu, Muqharabbin membuat pengumuman beliau melepaskan serta-merta jawatan Exco Pemuda Umno Pusat dan Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai secara serentak.

Lebih dikenali dengan panggilan Qobin, beliau muncul rakyat Malaysia pertama dan manusia ke-60 dunia menamatkan ekspedisi mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua serta menjelajah di Kutub Utara dan Kutub Selatan. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related