HEADLINES

PM akan jelaskan isu kerugian pelaburan KWAP di Dewan Negara esok

Menurut Anwar, yang juga Menteri Kewangan, meskipun KWAP tidak melapor secara langsung kepada kerajaan, beliau tidak mahu perkara itu dijadikan alasan

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan kerugian pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, pada sidang Dewan Negara esok.

Menurut Anwar, yang juga Menteri Kewangan, meskipun KWAP tidak melapor secara langsung kepada kerajaan, beliau tidak mahu perkara itu dijadikan alasan.

“Saya akan jawab soalan di Dewan Negara esok … ini syarikat kewangan pemegang pencen, pemegang dana pencen. Ada panel pelaburan, ada lembaga.

“Dia tak lapor kepada kita. Tetapi, saya tak mahu beri alasan, biar kita beri faktanya esok di Dewan Negara,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Madani KITA Bersama Komuniti Tambun anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Ipoh, hari ini.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan mega berjumlah RM200 juta oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, siasatan itu menyusul selepas pendedahan mengejutkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) di Parlimen, yang mengesahkan dana persaraan penjawat awam itu menjadi mangsa penipuan terancang akibat manipulasi laporan kewangan oleh pengurusan syarikat pemula (startup) tersebut.

Abd Halim turut mengesahkan sebuah pasukan khas dari Ibu Pejabat SPRM telah dibentuk bagi meneliti keseluruhan proses pelaburan berkenaan.

MOF sebelum ini, dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Khamis, memaklumkan KWAP menjadi mangsa penipuan yang dirancang berkaitan pelaburan tersebut susulan manipulasi penyata kewangan syarikat Indonesia itu oleh pihak pengurusannya.

KWAP dilaporkan telah melabur sebanyak AS$47.7 juta dalam eFishery pada Julai 2023.

Tahun lalu, pengasas bersama eFishery, Gibran Huzaifah, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh sebuah mahkamah di Bandung, Indonesia, selepas disabitkan bersalah atas kesalahan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, KWAP dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah keseluruhan pelaburannya dalam eFishery adalah sebanyak RM163.4 juta, yang mewakili kira-kira 2.51 peratus daripada jumlah pegangan saham syarikat itu.

KWAP berkata, ia merupakan pemegang saham minoriti, manakala pegangan majoriti dimiliki oleh pelabur lain, termasuk pelabur institusi global utama yang turut terjejas akibat salah laku tersebut. – 19 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related