HEADLINES

Mahkamah tolak petisyen keputusan pilihan raya, Hilman kekal ADUN Gombak Setia

Hilman akan ambil tindakan undang-undang susulan terhadap pihal cemar nama baik dan reputasinya

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengekalkan kemenangan Muhammad Hilman Idham bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia selepas menolak petisyen pilihan raya yang difailkan seorang pengundi, Mohd Shaffie Omar.

Ia diputuskan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Kerusi DUN Gombak Setia dimenangi Hilman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos lalu dengan majoriti tipis, 58 undi.

Beliau memperoleh 30,299 undi menewaskan dua pencabar iaitu Datuk Megat Zulkarnain Omardin daripada Barisan Nasional (BN) dengan 30,241 undi manakala calon bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali dengan 1,076 undi.

Dalam pada itu, Hilman dalam kenyataannya memaklumkan keputusan mahkamah itu memberikan makna dan pengertian yang besar buat dirinya dan seluruh pengundi DUN Gombak Setia di mana keadilan telah ditegakkan.

“Alhamdulillah, syukur di atas keputusan bersejarah Hakim Pilihan Raya Mahkamah Tinggi Ipoh yang telah memutuskan untuk menolak petisyen pilihan raya DUN Gombak Setia dengan kos. Hakim juga mendapati bahawa tuduhan-tuduhan yang dikemukakan oleh pempetisyen adalah tidak berasas sama sekali.

“Sejak awal lagi saya menegaskan bahawa petisyen yang dikemukakan ini, khususnya mengenai isu politik wang dan rasuah politik adalah fitnah dan tohmahan dengan niat jahat bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan mencemar reputasi saya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Katanya, usaha petisyen itu juga adalah satu cubaan untuk mengkhianati dan memperkotak-katikkan mandat yang telah diberikan oleh para pengundi DUN Gombak Setia.

Justeru katanya, keputusan hari ini telah memberi keabsahan kepada mandat para pengundi DUN Gombak Setia yang memilih Perikatan Nasional (PN).

“Akhirnya, saya telah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang susulan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencemar nama baik dan reputasi saya serta cuba meremehkan demokrasi.

“Individu-individu ini telah dikenal pasti untuk tindakan lanjut dalam masa yang terdekat,” katanya. – 11 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related