HEADLINES

JPS Selangor, bomba tinjau kawasan aliran anak sungai lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan

Scoop difahamkan air anak sungai berdekatan Apartmen Idaman akan dipam keluar

2:35 PM MYT

 

PETALING JAYA – Dua pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dilihat meninjau kawasan aliran anak sungai berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, lokasi kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan meninggal dunia pada 6 Disember lalu.

Bagaimanapun pegawai berkenaan enggan menjawab sebarang persoalan media.

Scoop difahamkan, JPS bersama pihak bomba akan mengepam keluar air dari anak sungai tersebut.

Selain itu sebuah jentera bomba berada di luar kawasan Apartmen Indah, bersebelahan dengan Apartmen Idaman.

Lewat petang semalam, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia kembali semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak tersebut.

Pasukan yang terdiri daripada enam anggota itu tiba pada pukul 6.33 petang bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu di lokasi terbabit.

Bagaimanapun sekumpulan petugas media yang membuat liputan, dihalang berada berhampiran lokasi dipercayai bagi tidak mengganggu proses siasatan dijalankan.

Terdahulu, kanak-kanak autisme itu disedari hilang sejak pukul 12.30 tengah hari Selasa lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan anjing pengesan Unit K9, membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada sidang akhbar berkata Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related