HEADLINES

Malaysia boleh guna Konvensyen Genosid untuk heret Israel ke ICJ

Perkara ini boleh dilakukan menerusi kebijaksanaan diplomasi dan kerjasama dengan pelbagai pihak, walaupun Malaysia bukan salah satu negara yang menandatangani Statut Rom

6:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Malaysia boleh menggunakan Konvensyen Genosid untuk mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas jenayah peperangan terhadap Palestin.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkata, Malaysia boleh menarik pengecualian untuk Artikel IX dalam Konvensyen Genosid secara sementara, sekali gus memberi ruang untuk bertindak ke atas Israel.

Howard yang juga Ahli Majlis Perundingan Hal Ehwal Luar Negeri kepada Menteri Luar dan Ahli (JKPK) Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa memberitahu, rujukan Malaysia terhadap Israel kepada ICJ untuk jenayah Genosid terhadap warga Palestin melibatkan pertimbangan undang-undang, politik dan diplomatik yang rumit.

“Perkara ini boleh dilakukan menerusi kebijaksanaan diplomasi dan kerjasama dengan pelbagai pihak, walaupun Malaysia bukanlah salah satu negara yang menandatangani Statut Rom dan tidak terikat dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Howard bagaimanapun memberitahu, usaha tersebut memerlukan kerjasama daripada aspek perundangan dan kemanusiaan global bagi menjalankan pemeriksaan rapi di bawah takrifan serta piawaian Konvensyen Genosid. – Gambar Facebook Howard Lee, 14 Disember, 2023

Artikel IX di bawah Konvensyen Genosid menyatakan pertikaian antara pihak-pihak terlibat yang berkaitan dengan tafsiran, permohonan atau memenuhi konsvensyen ini, termasuk yang berkaitan dengan tanggungjawab negara untuk pembunuhan beramai-ramai atau bagi mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam Artikel III, hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau permintaan mana-mana pihak terhadap pertikaian berkenaan.

Mengulas lanjut, Howard berkata, usaha tersebut bagaimanapun memerlukan kerjasama daripada aspek perundangan dan kemanusiaan global bagi menjalankan pemeriksaan rapi di bawah takrifan dan piawaian Konvensyen Genosid.

Hasilnya, ujar beliau, boleh memberikan implikasi yang meluas kepada undang-undang antarabangsa serta konflik Israel dan Palestin.

Dalam pada itu, angka korban di Gaza telah meningkat kepada 18,600 orang sejak 7 Oktober lalu, dengan sekurang-kurangnya 130 orang adalah petugas Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA). – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MACC probes claims of Singapore tycoon’s alleged role in Sabah mining scandal

This comes after whistleblower businessman Datuk Albert Tei alleges political persecution amid graft charges over RM350,000 in bribes

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Related