HEADLINES

Tanah runtuh: Lebih ramai penduduk Taman Wawasan Puchong mungkin diarah berpindah

Sekiranya laporan dari agensi berkaitan mendapati masih terdapat pergerakan tanah: Polis

10:45 AM MYT

 

PUCHONG – Seramai 29 penghuni di sembilan buah rumah teres di Taman Wawasan Puchong, di sini diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan  berkata, kesemua mereka juga, diarah berlindung di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Laman Puteri 3 di sini, bagaimanapun hanya lapan dari mereka yang berbuat demikian, manakala selebihnya berlindung di rumah saudara mereka.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengarahkan lebih banyak penduduk berpindah, sekiranya laporan dari agensi berkaitan mendapati masih terdapat pergerakan tanah.

“Setakat ini berdasarkan laporan yang saya terima, tiada lagi pergerakan tanah berlaku dan pihak Air Selangor juga telah menutup saluran air di kawasan ini, kerana dikhuatiri air dari paip yang bocor akan menyebabkan pergerakan tanah yang baharu,” katanya dalam sidang media di lokasi awal pagi tadi.

Anbalagan berkata, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu kira-kira 7.30 malam semalam turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Selain polis, beliau berkata, agensi lain termasuk Bahagian Kejuruteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dan Agensi Pertahanan Awam, akan mengawasi dan memantau kawasan berkenaan bagi memastikan orang ramai tidak berkumpul, selain menjaga harta benda penduduk yang diarahkan berpindah.

Mengulas mengenai kejadian banjir kilat di sebuah pusat membeli belah di sini, Anbalahan berkata, sebanyak 71 gerai dan premis perniagaan di pusat membeli belah berkenaan terjejas, manakala 65 kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir ditenggelami air. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related