◉ HEADLINES

Fahmi kesal, Meta guna isu hak cipta lagu untuk gantung siaran langsung FB Berita RTM

“Mereka ada memberikan penjelasan, tapi dalam bab ini, saya tidak boleh terima penjelasan mereka. Mereka mengatakan ada isu hak cipta membabitkan satu lagu dinyanyikan oleh Faizal Tahir."

6:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menggantung siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di Facebook melalui akaun Berita RTM dengan alasan lagu yang dinyanyikan Faizal Tahir pada himpunan itu melanggar isu hak cipta, amat dikesali.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika meluahkan kekesalannya berkata, kenapa hanya akaun Facebook Berita RTM yang disekat, bukan akaun Facebook lain yang turut menyiarkan siaran langsung itu.

“Mereka ada memberikan penjelasan, tapi dalam bab ini, saya tidak boleh terima penjelasan mereka. Mereka mengatakan ada isu hak cipta membabitkan satu lagu dinyanyikan oleh Faizal Tahir.

“Tapi kenapa hanya siaran dari (akaun FB) Berita RTM disekat, bukan sebagai contoh (akaun FB) Harian Metro, ia bersiar seperti biasa dan tak ada sekatan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi, di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata, beliau telah meminta kerjasama daripada Meta dengan memberikan senarai awal agensi media yang ingin menyiarkan secara langsung himpunan terbabit menerusi platform FB.

Ditanya reaksi Meta berkaitan isu itu, Fahmi dengan nada sinis berkata, mereka hanya senyum simpul.

Sebelum ini, Fahmi dilapor berkata, pegawai tertinggi Meta telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad lalu tidak akan diturunkan.

Bagaimanapun, siaran langsung yang disiarkan di Facebook Berita RTM pada himpunan berkenaan telah digantung. – 6 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related