◉ HEADLINES

Majlis Keselamatan PBB tangguh undi resolusi gencatan senjata di Gaza

Ia ditangguhkan sehari lagi ketika rundingan berterusan diadakan untuk mengelak kuasa veto AS

9:29 AM MYT

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Majlis Keselamatan PBB semalam buat kali kedua menangguhkan undian resolusi baharu mengenai gencatan senjata di Gaza dan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Penangguhan itu berlaku ketika rundingan berterusan diadakan untuk mengelak veto baharu oleh Amerika Syarikat (AS).

Sesi mengundi usul dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mula-mula dijadualkan kelmarin, kemudian ditunda ke Selasa dan dijadualkan semula pada hari itu sebelum dibatalkan.

Masih tiada tarikh atau masa untuk undian baharu itu, walaupun ia dijangka berlangsung hari ini.

Rundingan terus diadakan untuk cuba menghalang AS, ahli tetap Majlis yang mempunyai kuasa veto, daripada membatalkan resolusi itu.

Pentadbiran Joe Biden sudah dua kali menggunakan kuasa veto mereka untuk menolak resolusi gencatan senjata di Gaza dengan alasan ia tidak mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri.

Pada taklimat media semalam, jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, AS “melibatkan diri secara konstruktif dengan rakan-rakan dalam Majlis Keselamatan”.

Miller berkata, AS mahu resolusi itu menangani “keperluan kemanusiaan” rakyat Gaza, tetapi menegaskan bahawa hala tuju undinya akan bergantung pada kandungan akhir resolusi itu.

“Kami akan mengalu-alukan resolusi yang menyokong penuh usaha menangani keperluan kemanusiaan rakyat di Gaza tetapi… butiran mengenainya sangat penting,” kata Miller.

Usul dikemaskini yang dicadangkan oleh UAE menggesa “pemberhentian segera dan berkekalan konflik Israel-Hamas untuk membolehkan akses tanpa halangan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.”

AS mengulangi bantahannya terhadap desakan gencatan senjata dalam perang Gaza kerana percaya ia akan membolehkan Hamas memperoleh semula bekalan senjata dan meneruskan serangan ke atas Israel.

Selain daripada pemberhentian konflik, resolusi itu memberi tumpuan kepada mekanisme untuk memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menggesa pembebasan tanpa syarat tebusan yang ditawan oleh Hamas.

Ia juga menggesa tentera Israel untuk menamatkan serangan terhadap rakyat Palestin dan infrastruktur awam.

Majlis Keselamatan PBB bermesyuarat enam kali untuk membincangkan isu Gaza dan hanya sekali mencapai kata sepakat mengenai resolusi yang menyeru “jeda kemanusiaan segera dan berpanjangan” dalam perang dan untuk “pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.”

AS, United Kingdom (UK) dan Rusia memilih untuk berkecuali, tetapi membenarkan resolusi itu diluluskan. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MCMC working with Meta, cops to investigate online sexual grooming groups: comms minister

Fahmi Fadzil says police will take appropriate action while MCMC will assist in preserving data, profiling accounts

[WATCH] A tearful Aidilfitri message from Malaysians to Palestinians

Join us in reflecting on the true meaning of Hari Raya Aidilfitri with heartfelt messages from Malaysians. As we celebrate this joyous occasion, let us not forget those in Palestine who are enduring unimaginable suffering. 

◉ Related