Syarikat perkapalan Israel dilarang berlabuh di Malaysia: ‘Ini satu permulaan kepada pendirian tegas lain’

GSPP sudah kemukakan sembilan tuntutan terhadap kerajaan termasuk tidak menormalisasi hubungan dengan Israel

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia diharap menjadi permulaan kepada pendirian lain yang termaktub di dalam senarai tuntutan dikemukakan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP).

Pengerusinya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata, sebelum ini GSPP telah mengemukakan sembilan tuntutan terhadap kerajaan yang berkisar dengan pendirian, dasar serta polisi kerajaan terhadap perang Palestin-Israel.

Katanya, tuntutan itu merangkumi:
i. Menuntut kerajaan supaya meneruskan dasar tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel;
ii. Menuntut kerajaan supaya berterusan memberikan sokongan kepada gerakan pembebasan Palestin serta menyokong keteguhan rakyat Palestin;
iii. Menuntut kerajaan supaya tidak memenuhi apa-apa tuntutan atau desakan bagi menormalisasi sebarang bentuk hubungan dengan Israel;
iv. Menuntut kerajaan supaya tidak mengiktiraf penyelesaian Two State Solution dan mengembalikan peta Palestin yang asal sebelum Deklarasi Balfour 1917;
v. Menuntut kerajaan supaya menolak rancangan Perjanjian Abad Ini (Deal of the Century) yang akan menjuruskan ke arah pembinaan Israel Raya;
vi. Menuntut kerajaan supaya tidak sesekali memihak kepada blok barat seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan lain-lain negara yang menyokong pembunuhan beramai-ramai (genocide);
vii. Menuntut kerajaan supaya bertegas dan tidak tunduk kepada tekanan blok pro-Israel yang cuba menghalang apa-apa bentuk penzahiran solidariti kerajaan dan rakyat Malaysia kepada isu perjuangan pembebasan Palestin;
viii. Menuntut kerajaan supaya, segala sumbangan disampaikan secara telus kepada rakyat Palestin yang dizalimi di Gaza bukan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mempunyai persepakatan dengan Israel; dan
ix. Menuntut kerajaan supaya melobi dan mempengaruhi pendirian negara Islam dan badan antarabangsa berkaitan isu Palestin dengan memastikan sebarang rundingan atau persetujuan masa hadapan mestilah melibatkan gerakan pembebasan Palestin, bukan badan yang tidak mewakili majoriti rakyat Palestin.

“GSPP juga telah mengemukakan lapan tuntutan terhadap negara-negara Arab berkaitan pendirian sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Fauzi berkata, tuntutan berkenaan adalah:
i. Menuntut supaya 15 buah negara Arab sepakat menerima empat usul iaitu menghalang penggunaan pangkalan ketenteraan Amerika dan negara sekutu lain di negara Arab untuk menyiapkan kelengkapan ketenteraan mereka; membekukan hubungan diplomatik, ekonomi, keamanan, dan ketenteraan Arab dengan Israel; mengancam untuk menggunakan minyak dan kemampuan ekonomi Arab untuk memberi tekanan agar menghentikan keganasan dan mencegah syarikat penerbangan awam Israel melintasi ruang udara negara-negara Arab;
ii. Menuntut supaya, menyertai perang pembebasan dengan menghantar bantuan ketenteraan seperti aset-aset ketenteraan, pasukan keselamatan dan lain-lain lagi mengambil kira perang Palestin-Israel adalah termasuk dalam jihad melawan musuh Islam dan kewajipan mempertahankan Masjid Al-Aqsa;
iii. Menuntut supaya memutuskan hubungan politik, ekonomi, sosial dengan Israel dan tidak merestui sebarang proses normalisasi dengan Israel;
iv. Menuntut supaya mengakhiri kemelut penjajahan Israel ke atas Palestin dengan pembebasan penuh, bukannya Two State Solution yang tidak menjadi aspirasi rakyat Palestin;
v. Menyokong keteguhan rakyat Gaza supaya tetap di tanah air, tidak berpindah dengan menghantar bantuan seperti bahan api, bekalan perubatan, makanan, air dan wang bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa;
vi. Menuntut supaya pembukaan kekal sempadan Rafah bagi tujuan-tujuan menyelamatkan nyawa, mengeluarkan warganegara asing, kemasukan bantuan perubatan, bekalan makanan, air, sumber tenaga serta menyediakan konvoi keselamatan memastikan bantuan selamat sampai kepada penduduk Gaza;
vii. Menghalang sebarang bentuk campur tangan asing dalam menentukan penempatan dan hala tuju rakyat Palestin pasca perang yang tidak mengikut aspirasi pejuang pembebasan Palestin dan suara rakyat Gaza sendiri; dan
viii. Menuntut supaya menetapkan belanjawan khas untuk membina semula Palestin, seperti sekolah, masjid, hospital sebagai sebab melindungi tanah suci umat Islam dan Masjid al-Aqsa.

Katanya, peperangan Taufan Aqsa tidak akan berhenti kecuali jika ada penglibatan dan intervensi daripada pihak kerajaan atau badan antarabangsa.

Muhammad Fauzi Asmuni berkata, GSPP ada membuat sembilan tuntutan terhadap kerajaan Malaysia dan lapan tuntutan terhadap negara-negara Arab. Tuntutan-tuntutan itu berkisar di sekitar pendirian, dasar dan polisi kerajaan terhadap peperangan ini – Gambar Facebook, 20 Disember, 2023

Malah katanya, rakyat boleh memainkan peranan dalam bantuan kemanusiaan atau memberikan sokongan moral atau meluaskan kempen kesedaran.

“Tapi itu sekadar untuk membendung peperangan agar tidak lebih teruk atau dalam istilah lain sekadar bertahan. Keputusan Parlimen Afrika Selatan menutup kedutaan Israel dan memutuskan hubungan diplomatik antara langkah yang boleh memberi kesan signifikan kepada peperangan ini. Apatah lagi jika keputusan itu dilaksanakan dan diikuti oleh negara-negara lain.

“Kita daripada awal ada membuat sembilan tuntutan terhadap kerajaan Malaysia dan lapan tuntutan terhadap negara-negara Arab. Tuntutan-tuntutan itu berkisar di sekitar pendirian, dasar dan polisi kerajaan terhadap peperangan ini.

“Walaupun banyak yang tidak dipenuhi lagi, tetapi tindakan kerajaan tidak membenarkan kapal Zionis berlabuh di Malaysia diharap menjadi permulaan kepada pendirian lain yang termaktub di dalam senarai tuntutan,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia.

Katanya, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusian dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Terdahulu dalam perkongsiannya di Instagram, Muhammad Fauzi berkata, warga Israel ketika ini telah hilang keyakinan terhadap kerajaan mereka.

Katanya, ini selepas hampir setengah juta rakyat meninggalkan Israel dan ini membuktikan mereka sudah hilang keyakinan kepada kemampuan kerajaan mempertahankan mereka. – 20 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related