5 syarikat didenda RM415.5 juta, terlibat kartel penetapan harga makanan ayam

Analisis mendapati harga kacang soya serta jagung tidak mengalami kenaikan, namun syarikat berkenaan menaikkan harga makanan ayam

11:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Persaingan (MyCC) telah mengenakan penalti sebanyak RM415.5 juta kepada lima syarikat pengeluar makanan ayam ternakan selepas didapati bersalah menetapkan secara bersama harga produk mereka untuk ayam di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata, syarikat tersebut didakwa bersetuju untuk menaikkan harga makanan ayam sekali gus membawa kepada kenaikan harga ayam di pasaran.

Menurutnya, syarikat terbabit ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dinding); FFM Berhad (FFM); Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin); Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup); PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).

“Dinding dikenakan penalti bernilai RM70.02 juta, FFM (RM42.69 juta); Gold Coin (RM97.51 juta); Leong Hup (RM157.47 juta) dan PK Agro (RM47.8 juta),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Apa yang pasti katanya, ada kartel dalam kalangan mereka dan beliau mengulangi sekali lagi bahawa kartel tersebut menyusahkan rakyat terutama pengguna.

Tambahnya, syarikat terbabit didapati melanggar Seksyen 4(1) Akta Persaingan 2010 (Akta 712) kerana membuat perjanjian mendatar atau menegak dilarang antara perusahaan dengan matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran barang atau perkhidmatan.

“Kelima-lima syarikat didapati bersalah kerana berpakat menaikkan harga makanan ayam ternakan menerusi beberapa platform, termasuk hubung kait rekod komunikasi bersama pengurusan tertinggi, nota mesyuarat dan keterangan saksi, di antara Januari 2020 hingga Jun 2022,” katanya.

Jelas Iskandar, pihaknya telah menjalankan analisis pada 2020 hingga 2022 dan mendapati harga kacang soya serta jagung tidak mengalami kenaikan, namun syarikat berkenaan menaikkan harga makanan ayam.

“Tapi kenapa kamu naikkan harga antara RM2 hingga RM4 dan itu yang kita tanya. Namun mereka tidak boleh menjawab kenapa berlaku kenaikan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di merata tempat dan mengambil masa yang lama memandangkan ia adalah satu kes yang besar serta tidak boleh dijalankan secara tergopoh-gapah.

“Kalau kes lain, penguatkuasanya adalah mahkamah tetapi bagi MyCC, kita tidak akan berhenti sebaik siasatan selesai sebaliknya akan terus mendengar hujahan dan imbangi sama ada nak percaya atau tidak dengan dakwaan mereka,” katanya.

Iskandar turut berharap supaya kes berkenaan akan menjadi pengajaran kepada pihak yang cuba menjadi kartel dan mengambil ikhtibar sepenuhnya daripada kes berkenaan– 22 Disember, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Not boycotting Bersatu in Kuala Kubu Baharu, PAS busy with Raya event in Perlis: Tuan Ibrahim

KUALA KUBU BAHARU – PAS has denied allegations that the party is boycotting Perikatan Nasional’s (PN) candidate from Bersatu after its leaders were noticeably absent on the nomination day today. Speaking to Scoop,...

Piala Thomas: Tembok Besar China pernah dirobohkan 22 tahun lalu, tidak mustahil boleh tumbang lagi

Beliau mula bercerita tentang kejadian pelik yang sering terjadi dalam perlawanan penting pada kejohanan besar. Pemain yang awalnya sihat dan ceria tiba-tiba boleh demam teruk bagaikan diserang 'demam kepialu'.

Related