HEADLINES

Aliran trafik beberapa lebuh raya utama mulai sesak

Selain musim perayaan, terdapat kemalangan di KM177.5 arah utara dari Tangkak ke Jasin menyebabkan trafik perlahan ketika ini

11:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mulai sesak pagi ini berikutan pertambahan kenderaan, susulan kemudahan tol pecuma diberikan kepada pengguna sempena perayaan Krismas.

Menurut info semasa trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Elite, trafik dilaporkan perlahan dari Bandar Serenia ke Nilai Utara; Putrajaya ke Bandar Saujana Putra; Putrajaya ke Gamuda Cove; USJ ke Seafield dan USJ ke Putra Heights.

Di Lebuhraya PLUS, trafik perlahan dari arah selatan UPM ke Kajang; Bangi ke R&R Seremban; Bandar Ainsdale ke Senawang; R&R Ayer Keroh ke Ayer Keroh; Jasin ke Tangkak dan Kempas ke Dato’ Onn.

Trafik juga perlahan dari arah utara Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar; Bukit Gambir ke Jasin; Senai ke Sedenak dan Pandan ke Dato’ Onn.

Aliran trafik Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dari arah selatan juga perlahan termasuk dari Gopeng ke Gua Tempurung dan Permatang Pauh ke Perai.

Begitu juga dari Rawang Selatan ke Bukit Tagar; Slim River ke Sungkai; R&R Tapah ke Tapah; Ipoh Utara ke Sungai Perak; Kuala Kangsar ke Bukit Berapit; Juru Auto City ke Perai dan Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua.

Menurut LLM, terdapat kemalangan di KM177.5 arah utara dari Tangkak ke Jasin menyebabkan trafik perlahan ketika ini. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Malaysia Airlines soars to 39th in Skytrax’s World’s Best Airline ranking

National carrier climbs eight positions, a significant improvement from last year's 47th place

Related