HEADLINES

MIC timbang semula penyertaan PN susulan kepimpinan bertukar tangan

Tan Sri S.A Vigneswaran menegaskan keputusan MIC perlu dirujuk semula kepada akar umbi selepas PN kini diterajui PAS, bukan kerana isu ekstremisme tetapi semata-mata perubahan kepimpinan

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran menjelaskan permohonan parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dibuat ketika gabungan berkenaan dipimpin oleh Bersatu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan, perubahan kepimpinan yang menyaksikan PN kini diterajui PAS memerlukan isu penyertaan dibincangkan semula di peringkat akar umbi.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi MIC berpendapat keputusan mesyuarat agung tahun lalu adalah berdasarkan pada pimpinan PN diterajui Bersatu. Sekarang PN diterajui PAS, tapi bukan MIC ada halangan atau ada apa-apa halangan, ia mesti dibawa balik kepada akar umbi balik kerana ada pertukaran pimpinan dalam PN.

“Bukan kita kata parti ekstremis agama atau tak. Ia hanya berdasarkan isu perubahan kepimpinan kerana kita tidak mahu keputusan diambil bercanggah dengan akar umbi,” katanya.

Vigneswaran berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Commonwealth Legal Education Association (CLEA) 2026 di sini hari ini, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini, dilaporkan memaklumkan MIC telah menghantar permohonan untuk menjadi anggota gabungan itu pada 15 November lalu kepada Muhyiddin, yang ketika itu masih Pengerusi PN.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata mesyuarat parti di peringkat bahagian dan negeri akan diadakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan bagi mendapatkan persetujuan akar umbi.

“Selepas kita buat keputusan di peringkat tertinggi, ia perlu dipersetujui akar umbi. Oleh itu Majlis Tertinggi berpendapat bahawa ia perlu dibawa balik kepada bahagian dan negeri untuk membuat keputusan.

“Bukan kita tidak setuju atau setuju dengan kepimpinan PAS menerajui PN, tetapi keputusan yang diambil pada tahun lalu adalah berdasarkan kepimpinan PN ketika itu diterajui Bersatu,” katanya lagi. – 2 April, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related