HEADLINES

CIMB Bank berdepan masalah sistem?: Pelanggan kecewa ATM, Paywave, QR tak boleh guna

Sehingga tempoh ini juga tiada sebarang maklum balas diberikan pihak CIMB sama ada bank berkenaan berdepan dengan masalah sistem

12:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kecoh di sosial media apabila pelanggan CIMB Bank meluahkan kekecewaan mereka apabila berdepan masalah menggunakan perkhidmatan perbankan berkenaan sejak semalam.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa tidak puas hati selepas tidak boleh menggunakan semua perkhidmatan bank terbabit termasuk pengeluaran wang di mesin juruwang automatik (ATM), CIMBClicks, pembayaran secara Paywave atau kod QR.

Sehingga tempoh ini juga tiada sebarang maklum balas diberikan pihak CIMB sama ada bank berkenaan berdepan dengan masalah sistem.

Seorang pengguna aplikasi X, @azim_azmn97 turut bertanyakan pelanggan CIMB sama ada mereka berdepan masalah sama.

“Siapa CIMB dia tengah problem? Satu Malaysia ke ni? Tadi pergi ATM semua orang kata tak boleh. Cucuk ATM tak leh (tak boleh). Buka CIMB Click tak boleh. Paywave kat kedai tak leh, PIN tak leh, QR tak boleh,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @etherealhana pula memaklumkan tidak dapat membuat pembayaran menggunakan CIMB dan menggunakan perkhidmatan perbankan lain, namun dia mendapati CIMB kemudian membuat penolakan amaun daripada akaunnya.

“Weh tadi CIMB tak boleh guna pastu i bayar guna card lain, then bila balik rumah, duit dari CIMB tiba-tiba deducted amount (menolak jumlah) yang sama macam I bayar tadi,” tulisnya.

Pengguna, @anusyarym pula menulis, cimb really choosing the day everyone is doing their last minute shopping to be down ya 10/10 timing (CIMB memilih hari semua orang membeli-belah saat akhir untuk sistem tergendala).

Menjengah ke ruangan Facebook rasmi CIMB Malaysia hantaran terbaharu kira-kira tiga jam lalu yang dimuat naik hanyalah ucapan sempena cuti perayaan.

“May these holidays be bright, and may your moments be filled with love and peace,” tulisnya.

Namun pada ruangan komen ucapan itu seorang pengguna, Niam Kee Shenn meluahkan kekecewaannya selepas menghubungi hotline CIMB namun dimaklumkan sistem yang tergendala sudah dibaiki.

“What the system? Was told from yesterday system got problem, after fix, then the transaction will successful. Today morning still not receive the payment. (Apa jadi dengan sistem? Dimaklum sejak semalam sistem bermasalah, selepas dibaiki, transaksi akan berjaya. Pagi ini masih belum terima pembayaran).

“Call to your hotline, just reply system fix already. But no have any transaction. But the payment was successful done and deduct, so what is the issues? Who I can refer now? Where my money gone? Poor system. (Hubungi hotline anda, hanya dapat maklum balas sistem sudah diperbaiki. Tapibtiada sebarang transaksi, tapi pembayaran berjaya dan wang ditolak, jadi apa isunya? Siapa yang boleh saya rujuk sekarang? Ke mana duit saya pergi? Sistem yang teruk).

Komennya itu kemudian dibalas CIMB: “Hi Niam Kee Shenn, we have replied to your enquiry via PM. Thank you and we apologize for any inconvenience caused. (Kami sudah membalas  pertanyaan anda menerusi mesej peribadi. Terima Kasih dan kami memohon maaf atas segala kesulitan)”. – 24 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related