HEADLINES

Misteri kehilangan pesawat MH370 mampu dirungkai dalam masa hanya ‘beberapa hari’: Pakar aeroangkasa

Pakar mencadangkan ATSB, kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity kembali memulakan pencarian pesawat itu

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370, mampu dirungkai dalam masa hanya ‘beberapa hari’ jika ada usaha baharu digerakkan bagi mencari pesawat tersebut.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar selepas 38 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014.

Di sebalik pencarian dijalankan kerajaan dan dibantu pelbagai pihak, pesawat itu masih gagal ditemukan dan nasib 237 penumpangnya masih tidak diketahui.

Menurut laporan Daily Mail, pakar aeroangkasa, Jean-Luc Marchand dan juruterbang, Patrick Blelly mendesak supaya usaha pencarian baharu digerakkan berdasarkan kepada pendedahan demi pendedahan mengenai nasib pesawat itu.

Ketika sesi kuliah anjuran Persatuan Aeronautik Diraja (RAS), kedua-dua mereka menegaskan, lokasi pencarian baharu itu boleh dikesan dalam tempoh 10 hari.

“Kami telah membuat kajian, kami ada kertas kerja cadangan, kawasan (lokasi pencarian) itu kecil dan mengambil kira keupayaan baharu, ia akan mengambil masa 10 hari.

“Sehingga pesawat MH370 ditemukan, tiada siapa yang tahu (apa yang berlaku),” kata Marchand.

Untuk itu kedua-dua mereka meminta Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), kerajaan Malaysia dan syarikat penerokaan laut, Ocean Infinity untuk memulakan pencarian baharu.

Tahun lalu, Ocean Infinity memaklumkan kesediaan untuk memulakan sekali lagi pencarian pesawat MH370 berdasarkan perjanjian ‘tiada penemuan, tiada bayaran’.

Marchand menambah, apa yang penting, lokasi pencarian baharu itu berdasarkan kepada keyakinan mereka bahawa pesawat itu ‘sengaja dirampas dan ditenggelamkan di lautan dalam’ oleh mereka yang sangat berpengalaman. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related