◉ HEADLINES

Jangan ikut cara politik PAS, ekstremis agama dan tidak hormat budaya kaum lain: Tiong King Sing

Kumpulan minoriti sepatutnya dihormati untuk mengekalkan suasana harmoni dalam masyarakat

3:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meminta penduduk rumah panjang di Sarawak supaya tidak terikut-ikut dengan cara politik PAS yang terkenal dengan ekstremis agama serta tidak menghormati budaya kaum dan agama lain.

Beliau berkata, seiring dengan semangat demokrasi, mana-mana kaum minoriti tidak semestinya perlu bersetuju 100% peratus dengan setiap apa yang diperkatakan oleh kumpulan majoriti terutama segelintir ekstremis agama dan kaum serta perlu mengorbankan sepenuhnya hak dan kepentingan sendiri.

Sebaliknya, kata beliau, kumpulan minoriti sepatutnya dihormati untuk mengekalkan suasana harmoni dalam masyarakat.

“Saya berharap agar penduduk rumah panjang, tuai rumah, ketua-ketua masyarakat bekerja keras untuk mengukuhkan semangat perpaduan serta menumpukan perhatian untuk mendidik orang ramai supaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Tanpa perpaduan, tiadalah kestabilan dan kita akan terus bertelingkah setiap masa sehingga merugikan masyarakat,’’ katanya ketika berucap pada majlis Pra Krismas dan Tahun Baharu 2024, malam tadi.

King Sing merupakan pemimpin dari Sarawak merangkap Ahli Parlimen Bintulu dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), salah satu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam pada itu, King Sing turut meminta supaya ahli PDP agar menerima Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat ini.

Ia bagi membolehkan kerjasama dilakukan untuk pembangunan Sarawak yang lebih baik.

“Mungkin tidak terkecuali daripada berdepan kritikan namun kita perlu fokus untuk memberi khidmat kepada rakyat. Lakukanlah yang terbaik dan berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sarawak,’’ katanya.

Laporan media menyebut PSB dijangka dibubarkan sebelum sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2024 selepas parti berkenaan menerima ‘lampu hijau’ untuk menyertai PDP. – 25 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related