◉ HEADLINES

Dua pertuduhan amang seksual fizikal: PU Azman diperintah membela diri

Tertuduh sebelum ini turut berdepan sembilan lagi pertuduhan di Seremban, Shah Alam, Klang dan Ampang

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau PU Azman hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Klang terhadap dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Susulan itu, PU Azman, 42, diberikan tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi; memberikan pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh di mana dia tidak boleh disoal balas atau memilih untuk berdiam diri.

Tertuduh yang juga mesra disapa Cik Man memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Azman menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa dekat Kampung Sungai Udang, Klang, masing-masing pada 12.15 pagi dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Hakim kemudian menetapkan 12 Januari ini untuk prosiding bela diri oleh tertuduh.

Azman turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan iaitu lima di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related