HEADLINES

Jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah setakat pagi ini: Nadma

Selain itu, di Terengganu, Sungai Terengganu Setiu juga berada di paras bahaya setakat 6 pagi tadi

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di empat negeri tidak banyak berubah pada pagi ini yang menyaksikan penurunan kepada 23,008 orang berbanding 23,011 mangsa tengah malam tadi, yang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS).

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 19,716 orang yang ditempatkan di 53 PPS di empat daerah sejak tengah malam tadi.

Berdasarkan laporan itu, di Pasir Mas sejumlah 30 PPS dibuka dengan menempatkan 15,586 mangsa membabitkan 5,102 keluarga, 11 di Kuala Krai (734 mangsa daripada 206 keluarga), 10 di Tumpat (3,231 mangsa daripada 1,147 keluarga) manakala 165 mangsa daripada 41 keluarga masih berlindung di dua PPS di Tanah Merah setakat 6 pagi ini.

Di Terengganu, jumlah mangsa merekodkan penurunan kepada 3,022 orang yang berlindung di 37 PPS pagi ini berbanding 3,025 orang di 37 PPS pada tengah malam tadi, di enam daerah yang terjejas iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor pada pagi ini kekal sejak tengah malam tadi membabitkan 63 mangsa daripada 16 keluarga yang masih ditempatkan di tiga PPS di daerah Segamat.

Pahang juga menunjukkan trend sama apabila jumlah mangsa di enam lokaliti iaitu di Bera, Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin dan Temerloh kekal dengan 207 mangsa daripada 60 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS pada pagi ini.

Berhubung perkembangan terkini tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, laporan itu memaklumkan jumlah mangsa bagi insiden itu kekal 87 orang daripada 17 keluarga yang masih berlindung di sebuah PPS yang dibuka di daerah itu.

Bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai di Kelantan iaitu Sungai Golok Pasir Mas, Sungai Kelantan Gua Musang dan Sungai Kelantan Kota Bharu berada pada paras bahaya. 

Selain itu, di Terengganu, Sungai Terengganu Setiu juga berada di paras bahaya setakat 6 pagi tadi. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related