◉ HEADLINES

CEO AirAsia Riad Asmat letak jawatan

Memberi bayangan berehat dan mungkin beralih kepada peranan sebagai penasihat

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), AirAsia Riad Asmat meletak jawatan hari ini.

Dalam catatan di Instagram, Riad mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atau sukar serta berkata: “amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan setiap daripada anda pada sepanjang tahun ini.”

“Dalam saya berehat sebentar dan beralih kepada kemungkinan peranan penasihat untuk organisasi ini, sila jaga diri selalu.

“Saya tidak begitu percaya pada ucapan selamat tinggal tetapi lebih kepada jumpa lagi nanti. Oleh itu, jumpa lagi nanti,” katanya, sambil menambah beliau gembira dalam setiap perjalanan di AirAsia tanpa ada rasa kesal.

Riad dilantik sebagai CEO AirAsia pada 10 Jan 2018. – 30 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Contract stands: Beasley to remain with Malaysian cycling until January

MNCF confirms technical director is fulfilling his commitment despite circulating reports

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Kenaikan gaji hakim 30% perlu seiring peningkatan tanggungjawab: Ketua Hakim Negara

Imbuhan yang adil juga berfungsi sebagai satu perlindungan penting kepada badan kehakiman, kata Ketua Hakim Negara

◉ Related